.Miami.Love.Machine.

::..oRanGe..iS..mY..HeaRt..pUrpLe..is..My..sOuL..::

Assalamualaikum w.b.t


Salam 1Malaysia


Waaarrrrggggghhhhhh......lamenyerrr tak meraban-teben di ruangan ini....dek kerana kesibukan rutin harian dan bebanan kerja yang semakin bertambah, saya tidak punya ruang masa yang mencukupi untuk bersantai-lantai dan menulis....apa khabar saudara saudari pembaca yang budiman? diharap anda semua sehat-sehat hendaknya....

Sebelum itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada team bola Malaysia a.k.a Harimau Muda yang telah berjaya merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010....pergghhh....sudah terlalu lama kita menanti untuk merangkul kejuaraan ini....Piala AFF Suzuki ini dahulunya dikenali dengan nama Piala Tiger (sebab dulu main sponsor ialah Tiger Beer...hasell !!)....penantian selama....errr....14 tahun...yaaa 14 tahun boh !!!

Edisi-edisi yang terdahulu menyaksikan team bola kita selalu disayurkan oleh team lawan...bagi saya, skuad Piala Tiger 1996 adalah yang terbaik yang pernah kita ada (and also the last)...time tu kita ada Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Shamsuri Abdul Rahman, Azman Adnan, K.Sanbagamaran, Khairul Azman Mohamad, Afendi Julaihi...erm sape lagi ek...saya pun dah lupa...team Singapore ada Fandi Ahmad...team Thailand ada Nataphong Sritong-In, Kiatisuk Senamuang & Attapol Buspakom (nie sumer bukan nama rekaan tau...butul-butul punya)...tapi dengan peningkatan skuad muda sekarang, tak mustahil team terkuat kita bakal dihasilkan semula...well, everybody would loved to see team Malaysia kalahkan Korea Selatan once again seperti yang pernah dilakukan oleh skuad Olimpik 72' (James Wong, Hassan Sani, Santokh Singh, Soh Chin Aun and the gang).

Apa?? Korang tak kenal nama-nama player tadi? Barai....hahahaha

Okey...cukup pasal bola....berbalik pada tajuk asal....Ruangan Sembang Kencang akan membicarakan isu "Rezeki Jangan Ditolak"...hmmm....why?? why?? hahaha...

Kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...tetapi apa yang telah berlaku kepada saya beberapa hari yang lepas memungkinkan saya menolak rezeki yang datang tanpa dipinta...maybe itu semua adalah kurniaan dari Allah Taala....walau ape pun, saya tetap bersyukur kerana dikurniakan rezeki..yang paling penting rezeki itu mestilah halal dan diberkati....tapi....rezeki apekah itu?

1) saya mendapat 2 tawaran pekerjaan dalam satu masa, yang mana telah membuatkan saya sukar untuk membuat keputusan...hampir 2 minggu masa saya perlukan untuk membuat keputusan...and finally....saya menerima salah satu tawaran...which is bagi saya, agak menarik...hopefully keputusan yang saya ambil ni adelah betul dan tidak merugikan saya di masa akan datang InsyaAllah...lokasi dan nama organisasi terpaksa dirahsiakan demi keselamatan negara..hahaha

2) hmmm....rezeki yang kedua ni terlalu complicated dan hangat untuk dibincangkan di sini...biarlah ianya menjadi rahsia saya...cerita ini cuma beberapa kenalan rapat sahaja yang tahu...hehe...

Sejak 2 menjak ni, terasa rindu untuk berkarya semula....rindu nak sambung FZTN & Ai Lebiu....warrff warrff !!!!

"Eh, boleh. Sila duduk." Zakuan menarik keluar kerusi dari bawah meja.


Suraya dilanda kehairanan dengan sikap ramah yang ditunjukkan Zakuan. Tiada sekelumit riak marah yang terlukis di wajahnya. Hanya senyuman yang terukir di bibir.


"Awak tengah baca buku apa tu?" Suraya memulakan perbualan. Debaran di dalam hatinya masih terasa.
"Chicken soup." Jawab Zakuan ringkas.
"Ooo.." Suraya mengangguk perlahan.


Seketika, tiada butir bicara yang terjelma di kotak suara masing-masing. Suraya membelek-belek buku rujukan yang dibawanya namun ianya hanya sekadar belekan kosong. Zakuan masih lagi leka dengan bahan bacaannya.


"Err...awak..." Suara Suraya tersekat-sekat di kerongkong.
"Ya saya.." Zakuan mengalihkan pandangannya ke arah Suraya.
"Pasal kejadian kat kafe kelmarin...saya...saya nak mintak maaf." Suraya menyampaikan hajatnya.


Zakuan hanya tersenyum sambil menggaru-garu alis keningnya.
"It's okay." Ringkas saja jawapannya.


"Tapi saya nak tanya...." Suraya berbasi-basi.
"Apa dia?" Tanya Zakuan.
"Betul ker awak beli karipap tu kat gerai Makcik Eton?" Soal Suraya.


Zakuan hanya mengangguk.


"Kenapa?" Soal Suraya lagi.
"Kenapa apa?" Zakuan menyoal balik.
"Yer lah...kenapa awak sanggup bersusah-payah sampai macam tu sekali? Gerai tu bukannya dekat, lagipun...." Belum sempat Suraya menghabiskan ayatnya, Zakuan merapatkan bahunya ke bahu Suraya. Mata mereka bertentangan. Setiap helaan nafas Zakuan dapat didengari olehnya. Suraya kaget.
"Saya nak berkenalan dengan awak boleh?" Lembut saja tutur bicara Zakuan.


Degupan jantung Suraya semakin kencang. Dia tidak senang duduk. Ada garis-garis kegelisahan terlukis di raut wajahnya.


"Err...saya nak gerak sekarang. Kejap lagi ada kuliah." Suraya memberikan alasan. Dia menjarakkan sedikit bahunya.
"Awak belum jawab lagi soalan saya." Ujar Zakuan.
"Awak dah kenal saya, saya pun dah kenal awak. Cukuplah tu." Jawab Suraya sambil terkocoh-kocoh mengemaskan buku dan nota di atas meja.
"Hujung minggu ni awak free tak?" Tanya Zakuan.
"Kenapa?" Suraya mengerutkan dahi.
"Saya nak ajak awak keluar." Kata Zakuan lagi.
"Sorry. Hujung minggu ni saya sibuk." Lagi sekali Suraya memberikan alasan.


Lalu Suraya bingkas bangun.


"Senget..." Bisik Zakuan


Langkahan Suraya terhenti. "Apa awak cakap tadi?" Suraya menyoal mohon kepastian dengan harapan dia tidak tersilap dengar.


"Takde apa-apa." Zakuan berpura-pura membaca buku.


"Kalau takde apa-apa, saya pergi dulu." Suraya segera melangkah menuju ke pintu utama.


Zakuan hanya memerhatikan sahaja. "Nasib baik..." Desis hatinya.


********************


Suraya menuruni tangga dewan kuliah dengan berhati-hati. Dia berhenti menuruni anak tangga. Matanya meliar mencari kelibat Kartini, Fatin dan Hanim. Dia ternampak Kartini dan Fatin berada di tempat duduk hadapan. Anak tangga segera dituruni satu-persatu.


"Adoi, sakit !" Kartini menggosok-gosok lengannya yang dicubit Suraya.
"Lama dah sampai?" Tanya Suraya sambil merangkul bahu sahabat baiknya itu.
"Ada la dalam 5 minit. Awak pergi mana?" Soal Kartini.
"Library." Jawab Suraya ringkas.


Suraya melihat ke kiri dan kanan. "Mana Hanim?"


Kartini mengangkat bahunya.


Beberapa saat kemudian, Hanim muncul tergopoh-gapah lalu dia mengambil tempat di sebelah Suraya.


"Prof. Nasir tak datang lagi eh?" Soal Hanim tercungap-cungap.
"Belum." Jawab Suraya.
"Awak dari mana? Kelam-kabut saya tengok." Tanya Kartini.
"Dari library." Jawab Hanim.


Suraya segera berpaling ke arah Hanim. Satu senyuman yang punya makna tersirat terukir di bibir mongelnya. Suraya menjegilkan biji matanya.


********************


"Takkan tu jer? Awak tak sembang-sembang dengan dia?" Kartini terus menghujani soalan.
"Nak buat apa sembang dengan dia?" Jawab Suraya.
"Lepas mintak maaf, awak terus blah?" Soal Hanim pula.


Suraya hanya mengangguk tanpa bersuara. Malas hendak melayan soalan-soalan cepumas rakan-rakannya itu. Dia sendiri tidak menyangka Hanim akan ke perpustakaan juga pagi tadi. Dan tatkala Hanim dengan secara tidak sengaja ternampak Suraya dan Zakuan duduk bersebelahan di meja perpustakaan, pastinya ia menimbulkan gosip hangat. Akhirnya ia sampai ke pengetahuan Kartini dan fatin semasa kuliah tadi. Sepanjang juliah dia disakat oleh kawan-kawannya. Merah padam wajah Suraya menahan malu.


Mereka berempat terus melangkah meninggalkan bangunan akademik. Kuliah baru sahaja tamat beberapa minit yang lalu. Jadual kuliah Suraya untuk hari ini sudah berakhir. Dia sudah membuat temujanji untuk berjumpa dengan Puan Sharifah iaitu penyelia merangkap penasihat untuk tesis tahun akhirnya. Temujanji mereka ialah pada jam 3 petang, maka Suraya masih mempunyai masa 2 jam untuk melakukan sedikit persediaan.


"Sue !" Suraya terdengar namanya dipanggil seseorang. Dia menoleh.


Zakuan berlari-lari anak ke arahnya. Di saat itu juga dia terdengar ketawa sinis rakan-rakannya. Arghh, mamat bangang ni nak apa lagi ! Bentak hatinya.


"Awak dah habis kuliah?" Soal Zakuan setelah dia sampai di hadapan Suraya. Nafasnya tercungap-cungap turun naik.
"Dah." Jawab Suraya acuh tak acuh. Sesekali anak matanya menjeling ke arah Fatin, Hanim dan Kartini yang masih lagi tersenyum-senyum memerlinya. Siap la korang ! Dia mendengus.
"Jom lunch." Pelawa Zakuan.
Terbeliak biji matanya mendengar pelawaan itu.
"Saya dah kenyang." Kata Suraya. Suaranya sedikit meninggi.
"Err..takpelah Sue. Awak pergilah temankan Zakuan. Kitorang nak pergi Blok Kemboja kejap." Ujar Kartini.
"Nanti dulu...." Belum sempat Suraya menghabiskan ayatnya, Kartini, Fatin dan Hanim sudah mengangkat kaki. Sempat juga Kartini mengerling ke arah Suraya dan mengenyitkan matanya sambil bibirnya menguntum senyuman nakal.


Zakuan yang masih tercegat di situ hanya tersenyum. Dalam hatinya, dia berterima kasih pada Kartini.


"Jom." Kata Zakuan.
"Tapi dengan satu syarat." Ujar Suraya.


Zakuan mengerutkan dahinya.....






(bersambung....)

Bismillah hirrahman nirrahim


Assalamualaikum w.b.t




Apa khabar..vanekem..

Dah breakfast ker belum? Apa? Belum? Apesal belum? Ooo tengah basuh baju...so lepas ni nak keluar pergi mana-mana tak? Apa? Pegi zoo? Dengan sapa? Ooo....dating ek? Sampai hati...huk huk huk~~

Hai...hoi....heehoo...bertemu lagi kita dalam "Ruangan Sembang Kencang" yang ditaja khas oleh singlet cap pisang...haa....selamat pagi saya ucapkan kepada rakan-rakan pembaca yang berada di luar sana...kepada mereka yang masih diulit mimpi, bangun laa woi !! Membuta ajer kejenya !! Klempess !!


"Alhamdulillah hillazi ahya na ba'dama ama tana wa ilai hinnusyur"

Alhamdulillah...saya bersyukur...walaupun dalam perit-jerih kepayahan dan pahit-maung rencah hidup, saya masih punya segenggam kekuatan untuk terus melangkah mengharungi pancaroba, pancasitara, pancawarna dan segala macam panca lagi. Itulah hakikat sebuah kehidupan. Takkan sentiasa manis. Pasti pahit akan bertandang, Kalau hari-hari manis, nanti ramai orang kena diabetes.

Pagi Ahad yang suram, sesuram cuaca di luar. Gerimis masih enak bersiram membasahkan bumi hijau.

Tahniah saya ucapkan kepada pasukan bolasepak Kelantan kerana berjaya mencipta sejarah memenangi Piala Malaysia buat kali pertama sejak....err...sejak....sejak negeri Kelantan ditubuhkan. Saya dah tahu dah mesti Kelantan menang punya semalam. Sebab apa? Terengganu pernah melangkah ke final Piala Malaysia 2 kali berturut iaitu pada tahun 2000 & 2001. Pada percubaan pertama, Terengganu tumbang dalam penentuan sepakan penalti. Masa tu saya ada dekat stadium. Gilerrrrr sedih !! Then pada percubaan kedua, saya tengok ramai-ramai dengan kawan-kawan di Dewan Selera MRSM..masa tu dah dekat-dekat nak SPM. Terengganu menang 2-1 kalau tak silap. Hahahaha. Kelantan tumbang pada percubaan pertama, so percubaan kedua mesti menang punya. Menang pun 2-1 jugak. Hahahaha.


Apa-apa pun, saya taknak komen pasal sikap penonton. Sendiri mau ingat la.


Pagi kelmarin masa saya on the way nak ke ofis, saya terserempak dengan makcik yang saya tak tahu nama dia tapi dah pernah jumpa 2-3 kali. Sebelum ni dia pernah tahan kereta saya and mintak tolong hantarkan dia ke pejabat pos dan hospital. Daripada situ saya kenal dia. Sudah beberapa bulan saya tak terserempak dengan dia. Nampak macam dia baru balik dari pasar. Terkocoh-kocoh makcik tu jalan kaki. Saya stop kereta tepi jalan lepas tu saya ajak dia naik.


Rocky: "Mokcik mari mano ni?"
Mokcik: "Mari pasar beli ikang. Beli sayur sikit."
Rocky: "Mokcik ape kabar? Ingat saya lagi dok?"
Mokcik: "Sihat gini laa. Mokcik ingat lagi. Dok kijo arini?"
Rocky: "Ni baru nok gi jabat."


Dalam perjalanan menghantar pulang makcik tersebut, saya berborak-borak dengan dia. Nyatalah, di kala menjelang usia emas, dia merasa kesunyian kerana anak-anak sudah besar & sudah berumahtangga, suami pula sudah lama meninggal dunia. Dalam redup matanya di balik kanta yang berwarna coklat keperangan, tersimpan seribu kisah suka-duka kehidupan. Menjalani hari-hari tua dengan tabah tanpa insan tercinta di sisi. Kalau tak silap saya, usia perkahwinan mereka sekitar 40 tahun. Lama tu.


Serta-merta saya terfikir. Bagaimana dengan kehidupan saya selepas hari ini? Saya masih lagi mengharungi kehidupan berstatus bujang, maka kesunyian tu sudah menjadi sebahagian dari diri saya. Tetapi, ada kalanya saya dibelenggu kesepian tatkala melihat rakan-rakan sebaya sepermainan sekuliah sejurusan sudah berkahwin dan menimang cahaya mata. Jika ditanya hasrat hati, sudah barang tentu saya mengimpikan untuk membina keluarga sendiri. Namun, saya hanya mampu merancang, TUHAN jua yang menentukan. Dengan sedikit harapan yang masih bersisa dalam hati, saya akan terus menanti dan menanti. Kal ho naa ho, right?


Setelah menghantar makcik tersebut di hadapan rumahnya (baru saya tahu rumah dia sebelah ofis lama saya...haha apsal saya tak pernah nampak makcik ni lepak kat beranda rumah?), saya menuju ke ofis. Tiada aktiviti wajib yang perlu dilakukan. Sekadar menyelia kerja-kerja fabrikasi yang sedang berjalan di bengkel.


Masa yang terluang di ofis saya manfaatkan dengan mengemaskini laporan projek. Setelah selesai, saya baca novel. Hehe. Novel yang baru dibeli di MPH Mesra Mall hari Jumaat yang lalu. Masa tu saya tersangat bosan duduk kat rumah, housemate semua balik kampung. Saya salin baju, start enjin kereta dan....chauu ! Haha. Sampai jer kat sana, saya terus menuju ke MPH. Usha punya usha punya usha, novel yang dicari-cari sold out..klempess !! Lalu terdetik di dalam hati, kalau From Zurich To Narathiwat ada kat atas rak tu, saya rasa boleh sold out jugak kot. Hahahaha.


Lepas baca sinopsis satu per satu, saya angkat 3 bijik novel. Tiba-tiba baru saya terperasan, saya seorang sahaja berjantina male+berjanggut kat rak novel. Yang lain semua jantina female+gadis+wanita+perempuan. Wajah saya mulai merona kemerahan. Mesti aweks-aweks tu semua terkesima, waahhh abang kachaq ni peminat novel jugak rupanya. Haaaaa korang semua taktau, abang kachaq ni pun novelis jugak tau. Saje taknak expose. Dah la pen tak bawak. Macam mana nak sign autogeraf? Hahahaha.


Lepas beli buku, saya beli barang-barang keperluan diri. Softener dah habis, ubat gigi dah habis, syampu dah habis, deodorant dah habis, shower cream dah habis. Layan shopping seround.


Dah siap shopping, saya lalu depan Al-Ikhsan. Haaaa....beli selipar. Selipar saya kena curi masa sembahyang Jumaat tempoh hari. Cilakak !! Tak pasal-pasal kena berkaki ayam menuju ke kereta. Hahahaha. Tapi takpe la. Takde rezeki saya dengan selipar tu. Kepada sesiapa yang tibai selipar saya, saya maafkan. Harap-harap kamu gunakan selipar itu untuk ke masjid atau surau. Dapat la jugak pahala.


Masuk Al-Ikhsan, tak jadi pulak beli selipar. Beli seluar track. Hahaha. Pilih punya pilih, berkenan la kat sorang awek yang kerja kat situ...eh tak tak tak ! Berkenan kat seluar track Umbro kaler hitam. Nak pakai masa tournament dart next week. Oh, yer !! Next week saya akan menyertai satu kejohanan dart di....entah taktau. Abah saya yang ajak. Dia suruh training. Hahaha.


Dah pusing sana pusing sini, tengok jam dah pukul 6.00 petang. Saya pergi solat Asar kejap then terus balik rumah.


Boy's Day Out !!!

Mira tergesa-gesa menuruni tangga sambil memegang topi keledar dan jaket hitam. Kawasan ruang tamu kelihatan gelap. Sengaja dia tidak menyalakan lampu. Dia tidak mahu gerak-gerinya diketahui ayahnya.


"Mira !" Suara Datuk Osman kedengaran dalam kegelapan.


Kaki Mira berhenti melangkah. Lampu ruang tamu dibuka. Kelibat Datuk Osman kelihatan sedang berdiri tidak jauh dari pintu.


"Kamu nak ke mana malam-malam buta ni ?" Soal Datuk Osman tegas.
"Mira nak keluar jumpa kawan." Mira menjawab acuh tak acuh.
"Jumpa kawan pukul 2 pagi ?" Soal Datuk Osman lagi.
"Mira pergi kejap jer ayah." Dia cuba memberikan alasan.
"Kamu jangan cuba nak bohong ayah." Datuk Osman bersuara keras.
"Mana ada Mira bohong." Anak gadis ini masih cuba berbasi-basi.
"Kamu pergi race motor kan ?" Tanya ayahnya.


Pertanyaan Datuk Osman itu tidak dijawabnya. Dia hanya memandang ke arah pintu. Mengharapkan ayahnya menamatkan sesi soal-jawab dengan serta-merta. Sesekali dia mengerling jam di tangan.


"Dah la ayah. Mira dah lambat ni. Esok pagi jer la kita cakap." Mira mulai hendak beredar dari situ.
"Ayah tak izinkan Mira keluar. Dengar cakap ayah !" Jerkah Datuk Osman.
"Ayah takde hak nak halang Mira. Hidup Mira, biar Mira yang tentukan. Mira boleh buat apa yang Mira suka. Ayah jangan masuk campur !" Mira memberontak.
"Mira jangan kurang ajar. Ayah tak pernah ajar Mira bersikap kurang ajar dengan orang tua." Darah Datuk Osman makin menyirap.
"Get lost with your lesson !" Suara Mira meninggi.


Paannggg !!


Mira memegang pipinya. Dia mendengus geram. Bukan pedih di pipi yang dirasainya sekarang, tetapi pedih di hati. Inilah pertama kali dia ditampar oleh ayahnya.


"Puas hati ayah ?!" Herdik Mira seraya berlalu dari situ. Pintu rumah dihempasnya kuat. Beberapa ketika kemudian, deruman motor memecah kesunyian malam. Semakin lama semakin sayup lalu hilang dari pendengaran.


Datuk Osman terduduk di sofa. Dia menyesali tindakannya sebentar tadi. Dia tahu, tindakannya itu juga akan mengeruhkan lagi hubungan mereka anak-beranak. Suasana banglo itu kembali sepi. Kenangan arwah isterinya datang bertandang di dalam sarang memori.


Amira adalah satu-satunya anaknya. Dia dibesarkan dengan penuh kasih-sayang dan dilimpahi kemewahan sejak kecil. Apa saja permintaan Amira pasti akan tertunai. Datuk Osman terlalu memanjakan Amira. Berlainan sekali dengan arwah isterinya, Datin Rokiah. Dia tidak gemar suaminya terlalu memanjakan anak gadis mereka dengan kesenangan. Baginya, kesenangan hidup itu akan menyebabkan Amira mudah leka.


Amira diajar cara hidup yang sederhana oleh arwah ibunya. Dia juga diasuh dengan nilai-nilai pekerti. Namun sayang, belum sempat asuhan itu tamat, Datin Rokiah telah dijemput menghadap Ilahi. Dia meninggal dunia akibat kanser payudara ketika Amira baru mencecah usia 5 tahun.


Sejak ketiadaan isterinya, Datuk Osman hilang punca. Dia tidak sempat menumpukan perhatian pada Amira. Akibatnya, Amira kembali disogok dengan kesenangan hidup. Segala permintaannya dipenuhi tatkala Datuk Osman terlalu leka dengan urusan perniagaan. Nilai-nilai pekerti yang pernah diterapkan arwah ibunya hilang ditelan masa. Dan keadaan itu berlarutan sehingga Amira dewasa.


"Maafkan abang, Rokiah. Abang dah gagal mendidik dia." Air mata jernih mengalir perlahan di pipinya.


********************


Deruman motorsikal membingit di pinggir kota. Anak-anak muda berpeleseran bebas lelaki dan wanita. Sesekali terdengar riuhan gelak ketawa dan sorakan mereka.


"Mira ! Best of luck !" Jerit Eddy.
Mira menunjukkan isyarat 'bagus'.


Di atas jalan raya, deretan motorsikal sudah bersedia untuk berentap. Seorang gadis mengambil tempat di tengah-tengah laluan sambil memegang sapu tangan. Tatkala sapu tangan dijatuhkan...


Vrrroooommmm !!!


Deretan motorsikal itu mula memecut laju membelah kedinginan malam.


********************


Ding dong..


Loceng ditekan berkali-kali. Datuk Osman bergegas turun ke tingkat bawah untuk membuka pintu. Dia memandang jam di dinding. Sudah pukul 4 pagi. Apabila pintu dibuka, kelihatan 2 orang anggota polis lengkap beruniform tercegat di hadapannya. "Saya nak jumpa Datuk Osman." Salah seorang anggota polis itu menyatakan tujuan.


"Saya Datuk Osman. Kenapa encik ?" Ada segaris kerisauan pada riak wajahnya. Seperti ada sesuatu yang tak kena.
"Tuan diminta datang ke hospital dengan segera. Anak tuan kemalangan." Ujar anggota polis itu.
Datuk Osman tersentak.


********************


Kereta BMW putih itu memasuki perkarangan hospital. Datuk Osman mempercepatkan langkahan. Kerisauan di hati makin memuncak. Dia tidak putus-putus berdoa agar anak tunggalnya itu tidak mengalami kecederaan serius.


Datuk Osman tenang menanti di tempat duduk. Beberapa minit kemudian Doktor Salwa muncul. Datuk Osman bingkas bangun dari tempat duduknya lalu segera pergi mendapatkan Doktor Salwa.


"Macam mana keadaan anak saya doktor ?" Datuk Osman kelihatan agak cemas.
"Keadaan dia tak membimbangkan. Cuma patah peha dan luka-luka ringan. Tapi dia kena berehat di hospital untuk rawatan susulan." Terang Doktor Salwa.
"Berapa lama dia perlu tinggal di sini ?" Tanya Datuk Osman lagi. Ada sedikit nada kelegaan di hujung suaranya.
"Sekurang-kurangnya 3 bulan. Datuk jangan khuatir. Segalanya akan selamat InsyaAllah." Kata Doktor Salwa.


********************


"Aku taknak makan ubat ! Keluar !" Jerkahnya pada jururawat yang bertugas.
Lalu kedengaran bunyi barang disepahkan. Tergopoh-gapah jururawat keluar dari bilik 306 dengan wajah masam mencuka.
"Berlagak !" Dengusnya.


"Siapa patient dalam bilik 306 tu ?" Tanya Doktor Haiqal.
"Amira Ayuni. Kenapa ?" Doktor Salwa masih tekun menulis sesuatu di atas kertas.
"Saya dah banyak dengar rungutan dari nurse yang bertugas. Mereka cakap patient bilik 306 tu berlagak. Dah la tu, garang macam singa." Ujar Doktor Haiqal.
"Dia memang macam tu. Saya dah masak sangat dengan perangai dia." Jawab Doktor Salwa.
"Puan kenal budak tu?" Soal Doktor Haiqal lagi.
"Saya pernah jadi doktor peribadi arwah ibunya." Terang Doktor Salwa.


Terdetik di dalam hati Haiqal untuk mengenali Amira dengan lebih dekat.


********************


"Assalamualaikum." Haiqal mengetuk pintu sambil memberikan salam.
"Masuk jer la. Macam la pintu tu berkunci." Rengus Mira sambil membetulkan selimut yang membaluti tubuhnya.
Sekujur tubuh Haiqal terpacul di muka pintu. Senyuman dilemparkan ke arah Mira.
"Nak apa? Kalau nak bagi aku makan ubat, mintak maaf. Aku tak suka makan ubat." Suara Mira meninggi memberi amaran.
"Ini untuk awak." Haiqal merapati sisi katil lalu menghulurkan sekuntum ros merah.
"Letak jer atas meja tu." Mira seakan tidak berminat.


Haiqal menuju ke arah meja yang terletak di sudut bilik lalu meletakkan bunga ros merah itu. Ubat-ubat bersusunan tidak terusik. Haiqal mengalihkan pandangannya ke arah Amira.


"Kenapa awak tak suka makan ubat ?" Tanya Haiqal lembut.
"Suka hati aku lah." Hati Amira menggerutu.
"Kalau awak nak cepat sembuh, awak kena selalu makan ubat." Haiqal memujuk.
"Aku nak makan ker taknak makan ker, aku punya suka la. Yang kau sibuk-sibuk ni, kau sape ?!" Amarah Amira Ayuni semakin memuncak. Dia tidak suka dipaksa.
"Saya Doktor Haiqal. Mulai hari ni, saya bertanggungjawab untuk monitor awak." Terang Haiqal.
"Whatever. Kalau dah takde apa-apa, sila keluar. Saya nak tidur." Amira menutup mukanya dengan selimut.


Haiqal membisu. Seketika kemudian, dia pun keluar dari bilik itu.


********************


Sudah hampir seminggu dia di hospital. Amira berasa bosan. Nak bergerak pun susah, pusing kiri nampak dinding, pusing kanan nampak dinding, tengok atas nampak siling. Alat kawalan jauh televisyen dicapainya. Berulang-ulang kali dia menukar siaran. Tiada satu pun yang menarik perhatiannya. Bekal makanan yang dibawa oleh Datuk Osman masih tidak terjamah. Dia tiada selera untuk makan.


"Assalamualaikum." Haiqal memberi salam seraya masuk.
"Waalaikumussalam." Amira menjawab. Matanya masih tertumpu di skrin televisyen.


Satu senyuman manis dilemparkan oleh Haiqal namun Amira sengaja buat-buat tak nampak. Di tangannya tergantung satu beg plastik kecil.


"Ini untuk awak." Sekuntum bunga ros merah dihulurkan. Namun ianya tidak bersambut. Amira tetap bersikap dingin.


Haiqal seakan mengerti. Dia meletakkan kuntuman ros merah itu di atas meja. Timbunan kuntuman ros merah yang tak terusik masih tetap di tempat asal sejak seminggu yang lalu. Lalu Haiqal mengeluarkan sesuatu dari dalam beg plastik tadi.


"Saya belikan pasu bunga. Nak saya tolong susunkan dalam pasu ?" Tanya Haiqal sambil jarinya menuding ke arah kuntuman-kuntuman ros merah yang semakin layu.
"Hmm." Ringkas saja jawapan Amira.


Haiqal menuju ke bilik air dan mengisikan pasu itu dengan air. Setelah itu dia menyusun semua kuntuman ros itu di dalam pasu dengan kemas. Sesekali Amira menjeling memerhatikan gerak-geri Haiqal.


"Pandai jugak mamat ni gubah bunga. Tak sangka doktor pandai gubah bunga." Amira tergelak kecil.
"Kenapa cik Amira ?" Haiqal terperasan Amira sedang tertawa.
"Err...tak...takde apa-apa." Amira berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Matanya masih tertacap serius di televisyen. Dalam hatinya dia masih geli hati dengan gerak-geri Haiqal tadi.
"Awak tengok cerita apa tu ?" Soal Haiqal sambil membelek-belek rekod catatan yang tergantung di hujung katil.


Pertanyaan Haiqal itu dibiarkannya saja.


"Awak nak tahu satu rahsia tak ?" Haiqal cuba memancing perhatian Amira.


Amira mengerling ke arah Haiqal. Dia sedikit tertarik.


"Apa dia ?" Soal Amira.
"Awak nampak manis bila ketawa." Ujar Haiqal sambil menguntumkan senyuman lalu beredar dari situ meninggalkan Amira yang terpinga-pinga. Wajahnya mulai merona kemerahan.


"Whatever." Dengus Amira. Namun jauh di sudut naluri kewanitaannya, ada sedikit perasaan berbunga-bunga berputik tatkala dipuji begitu.


*******************


Tokk ! Tokk ! Tokk !


Daun pintu dikuak. Amira menoleh.


"Boleh saya masuk ?" Sesusuk tubuh kanak-kanak lelaki terpacul di muka pintu dengan berkerusi roda. Rambutnya tersisir rapi. Wajahnya putih. Kanak-kanak itu menguntumkan senyuman ke arah Amira yang kehairanan.


Amira hanya mengangguk.


"Nama saya Azim. Nama kakak Amira kan ?" Kanak-kanak itu memperkenalkan diri. Kerusi rodanya dirapatkan ke katil Amira.
"Mana awak tahu ?" Soal Amira.
"Saya tanya akak nurse." Jawab Azim.


Keadaan sunyi seketika. Amira tidak tahu apa yang hendak dibualkan dengan seorang kanak-kanak lelaki. Dia sendiri pun tiada adik.


"Boleh saya panggil kakak, Kak Mira ?" Azim menyoal lembut.
"Boleh." Jawab Amira ringkas. Bibirnya mengukir senyuman. Entah mengapa jiwanya merasa tenang bila terpandang kanak-kanak ini.
"Kak Mira sakit apa ?" Tanya Azim sambil melihat balutan simen di kaki Amira.
"Kakak accident. Patah peha. Azim pulak sakit apa ?" Soal Amira. Dia melihat bahagian kaki Azim ditutup dengan selimut.
"Kanser tulang. Kaki kanan Azim dah kena potong." Ujar Azim seraya menyelak selimut yang menutupi kakinya. Benar. Hanya kaki kiri yang kelihatan.


Amira terkedu. Tiada kata-kata yang terucap dari bibirnya.


"Umur Azim berapa tahun ?"


"Sepuluh."


"Dah lama Azim sakit ?"


"Sejak umur 9 tahun."


"Bila kaki Azim kena potong ?"


"2 bulan lepas."


"Siapa yang jaga Azim dekat hospital ?"


"Nenek."


"Mak dengan ayah mana ?"


"Dah meninggal masa Azim umur 4 tahun."


Amira terasa kelopak matanya panas. Ada genangan air jernih yang cuba ditahan dari mengalir. Wajah Azim dipandangnya sayu.


********************


Haiqal memasukkan kuntuman ros merah ke dalam pasu. Amira melihat pasu berwarna putih itu sudah hampir penuh.


"Apsal kau rajin sangat bagi bunga tiap-tiap hari ?" Amira tiba-tiba bersuara.


Pertanyaan Amira itu dibiar tidak berjawab.


"Awak ada masalah emosi dalaman ker ?" Haiqal pula menyoal.
"Mana ada." Tuntas Amira.
"Habis tu kenapa awak selalu memberontak ?" Tanya Haiqal.
"Aku memberontak ker, ape ker, apa kau kisah ?" Amira membalas.
"Kalau awak selalu marah-marah macam ni, nanti lekas tua tau." Haiqal mengusik.
"Habis tu kalau lekas tua apa masalahnya ?" Soal Amira.
"Nanti dah takde orang yang nak kat awak. Jadi anak dara tua." Seloroh Haiqal.


Amira hanya mencebik. Malas dia hendak melayan Haiqal. Lalu dia memalingkan tubuhnya mengadap dinding.


"Cik Ayuni.." Haiqal memanggil lembut.


Amira terkesima. Belum pernah ada mana-mana orang yang memanggilnya dengan nama Ayuni melainkan arwah ibunya. Kenangan lama kini bermain-main di kotak memorinya. Tanpa dipinta, air matanya mengalir lesu.


"Apa dia ?" Balas Amira. Suaranya sedikit bergetar menahan sebak.
"Ini untuk awak. Pemberian ikhlas dari saya." Ujar Haiqal.
"Letak jer atas meja tu. Saya mengantuk, nak tidur." Amira memberikan alasan tanpa berpaling ke arah Haiqal.
"Okey. Awak berehatlah yer. Saya pergi dulu." Kata Haiqal seraya berlalu keluar.


********************

Pagi ini Amira bangun seawal jam 7 pagi. Tongkat yang tersandar di sebelah katil dicapainya. Dengan perlahan-lahan dia mengesot turun dari katil lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Semasa sedang menyalin pakaian, dia terpandang kotak hadiah di atas meja yang masih tak terusik. Dia mengambil kotak tersebut lalu membukanya. Ianya sebuah lampu meja yang sangat cantik beserta sekeping kad ucapan.
Untuk Cik Amira Ayuni,
Smile and happy always...get well soon.
Muhammad Haiqal
"Thank you." Hati Amira berbisik.


*****


Baru sebentar tadi Pak Karim datang membawa sedikit makanan dan beg berisi pakaian untuk Amira. Datuk Osman tidak dapat datang kerana malam tadi dia telah berlepas ke Kuching atas urusan perniagaan. Hanya salam sayang sahaja yang sempat dikirimkan untuk anak tunggalnya itu. Amira sedikit kesal dengan sikap ayahnya yang terlalu mementingkan hal perniagaan berbanding dirinya. 


Sejak dia dimasukkan ke hospital, baru sekali Datuk Osman datang melawatnya. Itupun dalam keadaan yang tergesa-gesa ingin cepat pulang ke pejabat. Dan sekarang, setelah hampir sebulan berada di sini, segala barang-barang keperluannya; makanan, minuman, pakaian dan sebagainya diuruskan oleh Pak Karim. Terselit sedikit rasa rindu terhadap ayahnya. Walaupun mereka sering tidak sefahaman, namun hubungan anak-beranak antara mereka tetap tidak akan terputus seperti air yang dicincang.


Mujurlah ada Haiqal, seorang doktor muda yang merawatnya di sini. Setiap hari, setiap saat dan waktu, Haiqal akan datang menjenguknya. Walaupun bukan dengan tugasan rasmi sebagai seorang doktor, Haiqal juga akan datang menjenguk di luar waktu bertugas. Amira akui, kadang-kala dia dan Haiqal tak sehaluan. Ada saja perkara yang hendak didebatkan jika kedua-duanya bersua muka.


Amira menyedari yang dia tidak begitu mengenali Haiqal dengan rapat. Pernah juga terlintas di fikirannya untuk bertanyakan latar belakang dan asal-usulnya, tetapi semuanya hilang dari ingatan lantaran sikap Haiqal yang suka menyakatnya. Lain yang hendak dibualkan, perbalahan mulut pula yang timbul. Tetapi dengan kehadiran Haiqal sedikit sebanyak dapat menghilangkan kesunyiannya.


Begitu juga dengan adik Azim. Sudah agak lama dia tidak datang melawat. Apa khabarkah dia sekarang ? Bagaimana dengan rawatan susulannya ? Bagaimana kanak-kanak sementah itu begitu tabah menghadapi ujian hidup ?


Amira menyelusuri rentetan kisah hidupnya. Kehilangan belaian manja dan kasih-sayang ibu tercinta pada usia 5 tahun, dia dibesarkan oleh orang gajinya. Di zaman kanak-kanaknya, amat sukar bagi Amira untuk mendapat perhatian dari bapanya yang sering sibuk dengan urusan perniagaan. Menjelang usia awal remaja, hatinya mulai memberontak. Masanya lebih banyak dihabiskan di luar bersama rakan-rakan. Dia mencari kebebasan dengan caranya sendiri.


Wang ringgit banyak dihabiskan dengan bersuka-ria bersama teman-teman di kelab-kelab malam. Duit bukanlah satu masalah besar bagi Amira. Minta sahaja dari bapanya, pasti akan dihulurkan tanpa banyak soal. Dek kerana kurangnya tumpuan dan kawalan dari bapanya, Amira mula berjinak-jinak dengan lumba haram. Dan, setelah apa yang menimpa dirinya kini, tidak ada seorang pun rakan-rakannya datang melawat, apatah lagi bertanyakan khabar. Benarlah, kawan semasa senang mudah dicari, tetapi kawan semasa susah......


Amira menyeka air matanya yang meruntun.


********************


Setelah siap membersihkan dirinya, menukar pakaian dan berdandan ala kadar, dia menonton televisyen sambil menantikan kedatangan Haiqal. Kebiasaannya, Haiqal akan datang pada jam 9 pagi untuk melakukan pemeriksaan rutin terhadapnya.


Tokk ! Tokk Tokk !


"Assalamualaikum....eh awalnya bangun hari ni cik Ayuni." Tegur Haiqal tatkala melihat Amira yang sedang menonton televisyen. "Gelapnya bilik awak, macam bilik mayat jer." Seloroh Haiqal. Lalu dia berjalan menuju ke tingkap dan menyelak langsir. Cahaya mentari pagi menerobos masuk ke dalam bilik wad itu. Segenap penjuru bilik tampak segar dan ceria.


"Silau laa." Rungut Amira.
"Biarkan cahaya matahari masuk. Nak bagi tenaga sikit kat....." Haiqal tidak menghabiskan ayatnya tatkala dia memandang ke arah Amira.
"Kenapa pandang saya macam tu ?" Tanya Amira kehairanan.
"Awak....nampak lain hari ni." Ujar Haiqal.
"Lain ? Apa yang lain ?" Soal Amira.
"Awak nampak cantik." Kata Haiqal.


Wajah Amira merona kemerahan. "Dah jangan nak merepek pagi-pagi ni." Amira cuba mententeramkan dirinya.


"Tak, betul. Awak nampak cantik. Saya suka tengok rambut awak ikat tocang macam tu. Kemas." Kata Haiqal lagi.


Amira tertunduk malu. Jantungnya berdegup kencang.


Haiqal merekodkan sesuatu pada buku catatannya. "Hari ni genap 2 bulan awak berada di sini. Saya tengok perkembangan awak agak positif. Mungkin minggu depan kita boleh buat ujian X-ray." Terang Haiqal.


Ulasannya tidak bersahut.


"Amira Ayuni ?" Tegur Haiqal.
"Er..ya..ya." Amira terkocoh-kocoh menjawab.
"Awak okey tak ?" Soal Haiqal.
"Saya okey. Awak cakap apa tadi ?" Tanya Amira.
"I love you." Jawab Haiqal.
"Haaa ??!!" Mata Amira terbeliak.


Berderai hilai tawa Haiqal melihat reaksi Amira.


"Itulah. Banyak sangat berangan. Apa orang cakap pun tak dengar." Perli Haiqal setelah ketawanya reda. Namun secara tiba-tiba, dia terperasan akan sesuatu. Tiada lagi 'aku kau' dari mulut Amira. Sudah berganti 'saya awak'. Haiqal hanya mendiamkan diri. Dalam hati, dia berasa senang dengan perubahan yang berlaku pada diri Amira. Tiada lagi jerkahan dan berbahasa kasar seperti dulu.


*****


Cuaca petang itu sangat baik. Udara segar taman dihirupnya dalam-dalam. Timbul suatu ketenangan di dalam hatinya. Sudah agak lama dia terperap di dalam bilik wad. Petang itu, Haiqal sudi menyorong kerusi rodanya dan membawanya bersiar-siar di taman perkarangan hospital.


"Kenapa tiap-tiap hari awak bagi saya bunga ros ?" Soal Amira.
"Awak tak suka ker ?" Haiqal menyoal kembali.
"Bukan macam tu maksud saya. Cuma..." Amira terdiam.
"Cuma awak tak biasa menerima hadiah bunga ros merah." Haiqal menghabiskan ayat Amira yang tergantung.


Amira masih membisu. Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Haiqal itu.


"Anggaplah sekuntum ros merah setiap hari itu sebagai satu simbolik doa dari saya untuk awak. Setiap hari saya mendoakan kesejahteraan awak di dunia dan di akhirat." Terang Haiqal. Anak matanya jauh merenung ke depan.


"Haiqal..."


"Ya saya."


"Thank you..for everything."


"Terima kasih jer tak cukup. Awak kena belanja saya aiskrim."


Kedua-dua mereka tertawa seiringan.


********************


Setiap petang, Amira dan Haiqal menghabiskan masa bersama-sama di taman. Amira selesa berkongsi masalah dan bercerita tentang kisah hidupnya kepada Haiqal; tentang kehilangan ibunya, tentang hubungan dingin dengan bapanya. Begitu juga dengan Haiqal. Lama-kelamaan, timbul perasaan cinta antara mereka namun masing-masing takut untuk meluahkan.


Amira menganggap dirinya tidak layak untuk lelaki sebaik Haiqal, sementelahan Haiqal pula merasakan dirinya tidak setaraf dengan Amira. Dia hanya seorang budak kampung yang datang dari latar belakang keluarga yang sederhana sementara Amira pula anak orang berada. Lalu, bunga cinta yang berputik dibiarkan mekar terpendam di dalam hati.


********************


"Nurse, awak kenal Azim ?" Tanya Amira.
"Azim ? Yang mana satu ?" Jururawat itu menyoal Amira kembali.
"Ada seorang budak lelaki yang naik kerusi roda, kakinya..." Kata-kata Amira terhenti di situ.


"Ooo...Azim. Kenal. Kenapa ?"


"Dia dah keluar dari hospital ke ?"


"Lama dah. Kalau tak silap saya, bulan lepas."


"Siapa yang datang ambil dia ?"


"Saya pun tak pasti. Kenapa ?"


"Oh, takde apa-apa."


Setelah meletakkan ubat di atas meja, jururawat itu beredar meninggalkan Amira yang diselubungi tanda-tanya.


********************


"Esok awak dibenarkan pulang. Tahniah." Ucap Doktor Salwa.


Berita itu tidak sedikit pun mengembirakan Amira. Kegelisahan terpancar di raut wajahnya.


"Kenapa Amira ? Awak nampak tak gembira." Tegur Doktor Salwa.
"Puan, mana Haiqal ?" Soal Amira. Sudah hampir 2 minggu dia tidak bertemu dengan Haiqal. Perasaan rindu membuai di dalam hatinya.


Doktor Salwa merenung ke dalam anak mata Amira. Dia menghela nafas panjang.


"Ini untuk awak. Sepatutnya saya kena berikan surat ini esok, tapi bagi saya mungkin tiada bezanya." Doktor Salwa menghulurkan sepucuk surat kepada Amira lalu dia beredar.


Perlahan-lahan Amira membuka sampul surat tersebut. Nyatalah ianya surat dari Haiqal.
Assalamualaikum,
Ke hadapan Amira Ayuni binti Osman. Tahniah untuk awak. Sedar tak sedar, sudah 3 bulan berlalu. Hari ini awak sudah dibenarkan untuk pulang. Begitu cepat masa beredar tanpa kita menyedarinya. Macam mana dengan kaki awak?
Amira,
Saya ingin memohon maaf kerana saya tidak dapat bersama awak hari ini. Saya seharusnya berada di sisi awak pada hari terakhir awak di hospital ini. Namun, keadaan tidak mengizinkan untuk saya bersama awak.
Untuk pengetahuan awak, saya telah berjumpa dengan ayah awak semasa awak dimasukkan ke hospital 3 bulan yang lalu. Dia telah menceritakan segala-galanya kepada saya tentang awak. Dia telah meminta bantuan saya untuk menyelami hati dan perasaan awak bagi pihaknya kerana dia takut awak masih marahkannya lagi. Bukan sengaja dia tidak datang melawat awak, tetapi saya yang tidak membenarkannya.
 Amira,
Ayah awak terlalu menyayangi awak. Dia pernah merasai kehilangan sekali, dan dia tidak sanggup lagi untuk merasai kehilangan buat kali kedua. Awak beruntung kerana masih mempunyai seorang ayah yang sentiasa menyayangi awak sepenuh hati, walau sebesar mana kesalahan awak terhadapnya. Sayangilah dirinya seperti mana dia menyayangi awak.
Tentang ketidakhadiran saya pada hari ini, biarlah saya berterus-terang sahaja. Tatkala awak membaca surat ini, saya sudahpun berlepas ke Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian saya. Seperti yang pernah saya ceritakan kepada awak tentang cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor pakar tulang. Saya ingin mengejar cita-cita saya itu. Dan saya akan pulang selepas 5 tahun apabila tamat pengajian.
Namun, bukan mudah untuk saya membuat keputusan itu. Hati ini terasa berat untuk meninggalkan awak. Setelah mengenali awak dengan rapat, saya telah menemui satu sisi baru diri awak yang selama ini awak sendiri tidak menyedari akan kewujudannya. Mungkin pada pandangan orang, awak dianggap seorang gadis liar. Tapi tidak bagi saya. Awak juga punya ciri-ciri keistimewaan dan kelembutan feminin seorang gadis tipikal. Dan ciri-ciri itu telah membuatkan saya jatuh hati pada awak.
Seharusnya saya meluahkan perasaan ini di hadapan awak namun saya tidak punya kekuatan untuk melakukannya.
Amira,
Semoga awak ceria selalu. Tinggalkanlah dunia awak yang lama dan mulakan hidup baru.
Yang mencintaimu,
Muhammad Haiqal
Amira terkedu. "Saya juga cintakan awak, Haiqal. Saya akan sabar menunggu kepulangan awak." Desis hati kecilnya.


"Amira.." Kelibat Datuk Osman yang sedang berdiri di muka pintu menyapanya. Ditatap wajah anaknya itu dengan perasaan kasih-sayang.
"Ayah...maafkan Mira." Amira memeluk erat ayahnya. Air matanya bercucuran membasahi pipi.
"Ayah juga minta maaf, nak." Bisik Datuk Osman.


********************


Amira melabuhkan punggungnya di bangku taman perkarangan hospital. Keadaan persekitarannya masih seperti dulu. Tiada apa yang berubah. Suasana petang itu cukup tenang, tetapi hati Amira tidak. 5 tahun sudah berlalu, namun Haiqal masih belum pulang. Tidak ada sebarang khabar berita dikirimkan. Hanya surat perpisahan yang sudah kusam dan hadiah lampu meja pemberian Haiqal 5 tahun yang lalu menjadi teman dan pengubat rindu Amira.


Baru sebentar tadi dia bertemu dengan Doktor Salwa. Lalu, Amira mengambil peluang untuk bertanyakan perkembangan terbaru Azim. Menurut Doktor Salwa, Azim kini sudah memasuki tingkatan 1 sekolah khas pendidikan. Keluarga angkat yang menjaga Azim dan neneknya sejak 5 tahun lalu menyampaikan perkhabaran itu minggu lepas. Amira mengucapkan syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana telah mengembalikan sinar kebahagiaan dalam hidup Azim.


Angin sepoi-sepoi bahasa berpuput lembut. Amira membetulkan tudungnya yang ditiup angin.


"Awak makin cantik, Ayuni." Tegur satu suara.


Amira terkesima. Bukan sebarangan orang yang memanggilnya dengan nama Ayuni. Lantas dia berpaling. Haiqal sedang berdiri tidak jauh dari situ sambil tersenyum memandangnya.


Ingin sahaja Amira melompat keriangan tatkala melihat kelibat Haiqal, namun dia berubah fikiran. Amira menarik muka. "Awak lambat 2 hari."


Haiqal tertawa kecil.


"Sedangkan 5 tahun awak sanggup tunggu, takkan 2 hari pun nak berkira." Usik Haiqal. Hati Amira berbunga-bunga.


Haiqal mengambil tempat di bangku dan duduk bersebelahan Amira.


"Saya mintak maaf sebab terpaksa buat awak menunggu extra 2 hari. Flight saya delay." Terang Haiqal.
"Mintak maaf jer tak cukup. Awak kena belanja saya aiskrim." Amira berseloroh.
"Saya taknak belanja awak aiskrim." Kata Haiqal.
"Kenapa ?" Tanya Amira ingin tahu.
"Sebab saya nak belanja awak ni.." Haiqal menyeluk poket jaketnya lalu mengeluarkan kotak kecil berbaldu merah.


Amira kaget.


"Amira Ayuni binti Osman, sudikah awak menjadi teman hidup saya ?" Haiqal melutut di hadapan Amira sambil membuka kotak kecil itu. Ada sebentuk cincin berlian yang cantik di dalamnya.


Amira tidak mampu untuk berkata-kata. Matanya mula digenangi air jernih yang hangat.


"Cincin ni lagi mahal dari aiskrim. Tapi sebab awak nak bagi jugak, takpelah. Saya terima." Amira sempat berjenaka sambil menyeka air matanya yang mengalir.


Kedua-dua mereka tertawa seiringan.






++ T.A.M.A.T ++

..: my ads :..

..: my profile :..

My photo
unique, passionate, gorgeous, dynamic, tolerant, observer, listener, kind-hearted, gentleman, hilarious, friendly, calm, cool, sentimental, rock ballad, Bee Gees, Lionel Richie, Man Utd, fish, aquarium, Rooney, 80's, volleyball, darts

..: my clock :..

..: my shout :..


ShoutMix chat widget

..: my visitor :..

..: my LTF :..

..: my list :..

..: my fans :..

..: my track :..

..: WANTED :..

  • 2) jam tangan
  • 3) Nokia E66