.Miami.Love.Machine.

::..oRanGe..iS..mY..HeaRt..pUrpLe..is..My..sOuL..::

"Eh, boleh. Sila duduk." Zakuan menarik keluar kerusi dari bawah meja.


Suraya dilanda kehairanan dengan sikap ramah yang ditunjukkan Zakuan. Tiada sekelumit riak marah yang terlukis di wajahnya. Hanya senyuman yang terukir di bibir.


"Awak tengah baca buku apa tu?" Suraya memulakan perbualan. Debaran di dalam hatinya masih terasa.
"Chicken soup." Jawab Zakuan ringkas.
"Ooo.." Suraya mengangguk perlahan.


Seketika, tiada butir bicara yang terjelma di kotak suara masing-masing. Suraya membelek-belek buku rujukan yang dibawanya namun ianya hanya sekadar belekan kosong. Zakuan masih lagi leka dengan bahan bacaannya.


"Err...awak..." Suara Suraya tersekat-sekat di kerongkong.
"Ya saya.." Zakuan mengalihkan pandangannya ke arah Suraya.
"Pasal kejadian kat kafe kelmarin...saya...saya nak mintak maaf." Suraya menyampaikan hajatnya.


Zakuan hanya tersenyum sambil menggaru-garu alis keningnya.
"It's okay." Ringkas saja jawapannya.


"Tapi saya nak tanya...." Suraya berbasi-basi.
"Apa dia?" Tanya Zakuan.
"Betul ker awak beli karipap tu kat gerai Makcik Eton?" Soal Suraya.


Zakuan hanya mengangguk.


"Kenapa?" Soal Suraya lagi.
"Kenapa apa?" Zakuan menyoal balik.
"Yer lah...kenapa awak sanggup bersusah-payah sampai macam tu sekali? Gerai tu bukannya dekat, lagipun...." Belum sempat Suraya menghabiskan ayatnya, Zakuan merapatkan bahunya ke bahu Suraya. Mata mereka bertentangan. Setiap helaan nafas Zakuan dapat didengari olehnya. Suraya kaget.
"Saya nak berkenalan dengan awak boleh?" Lembut saja tutur bicara Zakuan.


Degupan jantung Suraya semakin kencang. Dia tidak senang duduk. Ada garis-garis kegelisahan terlukis di raut wajahnya.


"Err...saya nak gerak sekarang. Kejap lagi ada kuliah." Suraya memberikan alasan. Dia menjarakkan sedikit bahunya.
"Awak belum jawab lagi soalan saya." Ujar Zakuan.
"Awak dah kenal saya, saya pun dah kenal awak. Cukuplah tu." Jawab Suraya sambil terkocoh-kocoh mengemaskan buku dan nota di atas meja.
"Hujung minggu ni awak free tak?" Tanya Zakuan.
"Kenapa?" Suraya mengerutkan dahi.
"Saya nak ajak awak keluar." Kata Zakuan lagi.
"Sorry. Hujung minggu ni saya sibuk." Lagi sekali Suraya memberikan alasan.


Lalu Suraya bingkas bangun.


"Senget..." Bisik Zakuan


Langkahan Suraya terhenti. "Apa awak cakap tadi?" Suraya menyoal mohon kepastian dengan harapan dia tidak tersilap dengar.


"Takde apa-apa." Zakuan berpura-pura membaca buku.


"Kalau takde apa-apa, saya pergi dulu." Suraya segera melangkah menuju ke pintu utama.


Zakuan hanya memerhatikan sahaja. "Nasib baik..." Desis hatinya.


********************


Suraya menuruni tangga dewan kuliah dengan berhati-hati. Dia berhenti menuruni anak tangga. Matanya meliar mencari kelibat Kartini, Fatin dan Hanim. Dia ternampak Kartini dan Fatin berada di tempat duduk hadapan. Anak tangga segera dituruni satu-persatu.


"Adoi, sakit !" Kartini menggosok-gosok lengannya yang dicubit Suraya.
"Lama dah sampai?" Tanya Suraya sambil merangkul bahu sahabat baiknya itu.
"Ada la dalam 5 minit. Awak pergi mana?" Soal Kartini.
"Library." Jawab Suraya ringkas.


Suraya melihat ke kiri dan kanan. "Mana Hanim?"


Kartini mengangkat bahunya.


Beberapa saat kemudian, Hanim muncul tergopoh-gapah lalu dia mengambil tempat di sebelah Suraya.


"Prof. Nasir tak datang lagi eh?" Soal Hanim tercungap-cungap.
"Belum." Jawab Suraya.
"Awak dari mana? Kelam-kabut saya tengok." Tanya Kartini.
"Dari library." Jawab Hanim.


Suraya segera berpaling ke arah Hanim. Satu senyuman yang punya makna tersirat terukir di bibir mongelnya. Suraya menjegilkan biji matanya.


********************


"Takkan tu jer? Awak tak sembang-sembang dengan dia?" Kartini terus menghujani soalan.
"Nak buat apa sembang dengan dia?" Jawab Suraya.
"Lepas mintak maaf, awak terus blah?" Soal Hanim pula.


Suraya hanya mengangguk tanpa bersuara. Malas hendak melayan soalan-soalan cepumas rakan-rakannya itu. Dia sendiri tidak menyangka Hanim akan ke perpustakaan juga pagi tadi. Dan tatkala Hanim dengan secara tidak sengaja ternampak Suraya dan Zakuan duduk bersebelahan di meja perpustakaan, pastinya ia menimbulkan gosip hangat. Akhirnya ia sampai ke pengetahuan Kartini dan fatin semasa kuliah tadi. Sepanjang juliah dia disakat oleh kawan-kawannya. Merah padam wajah Suraya menahan malu.


Mereka berempat terus melangkah meninggalkan bangunan akademik. Kuliah baru sahaja tamat beberapa minit yang lalu. Jadual kuliah Suraya untuk hari ini sudah berakhir. Dia sudah membuat temujanji untuk berjumpa dengan Puan Sharifah iaitu penyelia merangkap penasihat untuk tesis tahun akhirnya. Temujanji mereka ialah pada jam 3 petang, maka Suraya masih mempunyai masa 2 jam untuk melakukan sedikit persediaan.


"Sue !" Suraya terdengar namanya dipanggil seseorang. Dia menoleh.


Zakuan berlari-lari anak ke arahnya. Di saat itu juga dia terdengar ketawa sinis rakan-rakannya. Arghh, mamat bangang ni nak apa lagi ! Bentak hatinya.


"Awak dah habis kuliah?" Soal Zakuan setelah dia sampai di hadapan Suraya. Nafasnya tercungap-cungap turun naik.
"Dah." Jawab Suraya acuh tak acuh. Sesekali anak matanya menjeling ke arah Fatin, Hanim dan Kartini yang masih lagi tersenyum-senyum memerlinya. Siap la korang ! Dia mendengus.
"Jom lunch." Pelawa Zakuan.
Terbeliak biji matanya mendengar pelawaan itu.
"Saya dah kenyang." Kata Suraya. Suaranya sedikit meninggi.
"Err..takpelah Sue. Awak pergilah temankan Zakuan. Kitorang nak pergi Blok Kemboja kejap." Ujar Kartini.
"Nanti dulu...." Belum sempat Suraya menghabiskan ayatnya, Kartini, Fatin dan Hanim sudah mengangkat kaki. Sempat juga Kartini mengerling ke arah Suraya dan mengenyitkan matanya sambil bibirnya menguntum senyuman nakal.


Zakuan yang masih tercegat di situ hanya tersenyum. Dalam hatinya, dia berterima kasih pada Kartini.


"Jom." Kata Zakuan.
"Tapi dengan satu syarat." Ujar Suraya.


Zakuan mengerutkan dahinya.....






(bersambung....)

..: my ads :..

..: my profile :..

My photo
unique, passionate, gorgeous, dynamic, tolerant, observer, listener, kind-hearted, gentleman, hilarious, friendly, calm, cool, sentimental, rock ballad, Bee Gees, Lionel Richie, Man Utd, fish, aquarium, Rooney, 80's, volleyball, darts

..: my clock :..

..: my shout :..


ShoutMix chat widget

..: my visitor :..

..: my LTF :..

..: my list :..

..: my fans :..

..: my track :..

..: WANTED :..

  • 2) jam tangan
  • 3) Nokia E66