Cuti sudah semakin hampir. Setiap hari sejak sebulan yang lalu, aku mengira saat dan detik menanti hari berganti minggu. Awal-awal lagi aku sudah memohon cuti panjang untuk pulang ke kampung. Tugasanku di Bintulu baru sahaja selesai, jadi kepulanganku kali ini dapat memberi sedikit ruang untukku melepaskan diri dari tekanan kerja dan berehat sepuas-puasnya. Aku sudah tidak sabar-sabar untuk pulang. Betapa aku merindui kampung halaman, merindui masakan emak, merindui adik-adik dan merindui udara kampung yang nyaman di waktu pagi. Aku menelefon emak di kampung untuk memaklumkan yang aku akan pulang 2 hari lagi. Kepulanganku kali ini lebih bermakna kerana aku menerima perkhabaran dari emak bahawa secara kebetulan, Salim iaitu sepupuku bakal melangsungkan perkahwinannya minggu depan. Aku semakin teruja untuk pulang. Sudah terbayang-bayang di benak fikiranku suasana meriah ketika 'ligan'. Hatiku melonjak kegembiraan.Kokokan ayam yang bersahutan menjadi santapan halwa telingaku setiap pagi. Sudah 4 hari aku berada di kampung. Rutin harianku terisi dengan bermacam-macam aktiviti. Beberapa hari lagi majlis perkahwinan Salim akan berlangsung. Penduduk kampung sudah mula bergotong-royong melakukan persiapan awal. Kata emak, Pak Deraman mahu adakan kenduri besar-besaran. Maklumlah, Salim adalah anak lelaki tunggal. Sudah barang tentu kenduri perkahwinannya mahu disambut dengan meriah. Dengarnya, kumpulan dikir barat turut dijemput. Aku hanya tersenyum bila membayangkan betapa meriahnya kenduri itu nanti. Suatu petang, aku ke rumah Salim untuk membantunya mendirikan bangsal memasak dan memasang khemah. Penduduk kampung yang lain juga turut sama membantu melakukan persiapan. Keadaan di situ riuh-rendah sekali. Sambil melakukan kerja, kami berborak-borak kosong. Sesekali, kami sama-sama ketawa besar mendengar lawak dan celoteh Pak Dol. "Kamu bila nak kahwin?" Soalan spontan dari Pak Deraman kepadaku. Aku hanya ketawa kecil. "Tak tahu lagi pak ngah. Calon pun tak jumpa lagi." Selorohku. "Jangan risau. Orang tua-tua cakap kat majlis kenduri kahwin lah tempat paling senang nak cari calon. Kalau kamu ada jumpa orang yang kamu berkenan, bagitau pak ngah. Mana tau kot-kot masin mulut pak ngah ni, kamu jumpa jodoh depan gulai kawah." Kata Pak Deraman sambil ketawa terbahak-bahak. Aku turut sama ketawa mendengar usikannya.
Hari yang ditunggu telah tiba. Persiapan dan perancangan yang diatur rapi nampaknya berjalan lancar. Khemah untuk para tetamu dihias cantik, begitu juga dengan pelamin persandingan. Gabungan tona warna hitam dan perak menjadi tema pilihan mempelai. Cuaca yang cerah tampak seakan-akan turut meraikan majlis perkahwinan ini. Agak ramai juga tetamu yang dijemput. Sejak jam 12.30 tengah hari, tetamu datang dan pergi silih berganti. Kumpulan dikir barat yang dijemput khas tidak putus-putus mengalunkan lagu-laguan bagi membangkitkan suasana. Di tengah-tengah kesibukan melakukan kerja, aku mencuri sedikit peluang untuk melihat pengantin bersanding. Kedua-duanya nampak berseri-seri, sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Aku dapat melihat cahaya kebahagiaan terpancar pada wajah Salim dan isterinya. Senyuman yang terukir di bibir sudah menceritakan betapa kedua-duanya sedang melalui detik-detik paling bahagia dalam hidup mereka. Setelah beberapa ketika, aku melihat semakin ramai tetamu yang naik ke atas untuk melihat pengantin bersanding. Lalu aku beredar dari situ dan menuju ke bangsal di belakang dapur. Sesampainya aku di bangsal, Ajib yang kebetulan berada di situ meminta pertolonganku untuk mengacau gulai yang sedang mendidih di dalam kawah. Dia mahu ke kedai sebentar untuk membeli ais. Aku segera mencapai senduk kayu yang terletak di atas talam dan mengacau perlahan-lahan gulai daging yang sedang membuak-buak. Aroma rempahnya membangkitkan seleraku. Sedang aku leka melakukan kerja, aku disapa seseorang dari belakang. "Awak, boleh tolong isikan gulai dalam baldi ni?" Aku menoleh. Dia sedang berdiri di situ, menghulurkan sebuah baldi kecil untuk mengisi gulai sambil tersenyum. Aku seperti tidak mempercayai apa yang sedang aku lihat.
Raut wajahnya bersih, berkulit putih dan sederhana tinggi, bertudung litup coklat dan berbaju kurung warna perang. Dia sedang berdiri tidak jauh dari hadapanku, sambil matanya yang jernih terus-menerus memandangku tanpa berkedip. Aku merasakan suatu perasaan yang aneh di dalam hati. Aku terpaku. Tiada sepatah perkataan pun yang terpacul dari mulutku. Aku merasakan seolah-olah dapat mendengar jantungku berdegup kencang. "Awak?" Suaranya lembut menyapaku. "Oh ya. Saya minta maaf." Aku mematikan lamunan dan segera mencapai baldi yang dihulur sejak dari tadi. Aku mengisikan gulai yang panas itu ke dalam baldi dengan berhati-hati. Setelah penuh, baldi itu kembali kuhulurkan kepadanya. "Terima kasih." Ucapnya sambil tersenyum lalu melangkah pergi. Aku terkesima dan hatiku tertanya-tanya, siapakah gerangan gadis itu. Gerak hatiku mengatakan aku harus melakukan sesuatu, sekurang-kurangnya bertanyakan namanya. Jika bukan sekarang, aku pasti akan menyesalinya di kemudian hari kerana tidak merebut peluang yang hanya datang sekali, atau mungkin dua seumur hidup. Lalu aku bertekad, aku mahu berkenalan dengannya hari ini setelah majlis kenduri tamat petang nanti.
Bilangan tetamu semakin berkurangan. Masing-masing mula meninggalkan majlis kenduri ini untuk pulang ke rumah. Aku masih sibuk dengan kerja-kerjaku di halaman rumah. Mengangkat pinggan kotor, membersihkan meja makan tetamu, membersihkan bangsal tempat memasak dan sebagainya. "Lajunya buat kerja. Ada hal penting ke lepas ni?" Joni menegurku. Ya, aku menyedari pergerakanku agak pantas, seperti sedang di dalam kelewatan. Aku harus pantas menyelesaikan kerja-kerjaku dan setelah itu, aku akan cuba mendekati gadis itu dan berbual-bual dengannya. Itu yang sedang bermain-main di fikiranku. Sedang asyik berkhayal, mataku menangkap kelibat gadis itu sedang berbual-bual dengan Juraidah, adik kepada Salim. Mereka sedang duduk di bangku kayu di hadapan rumah Pak Deraman. Kelihatan juga beberapa orang tetamu yang tidak kukenali masih leka berbual-bual dengan Pak Deraman sekeluarga di halaman rumah. Aku merenungnya dari jauh. Secara tiba-tiba, dia memandangku. Seperti dia tahu aku sedang merenungnya. Lalu aku segera mengalihkan pandangan dan berpura-pura mengelap meja. Aku terkaget seketika.
Aku menarik nafas dalam-dalam dan mengumpulkan seluruh kekuatan. Aku kuatkan semangat dan mula mengatur langkah menuju ke arahnya. Apabila aku sampai di pertengahan, aku mulai menyedari bahawa aku masih belum bersedia untuk bercakap dengannya. Aku tidak pasti apa dan bagaimana harus aku mulakan perbualan. Lalu aku mengambil keputusan untuk melakukan 'lencongan' menuju ke arah Salim yang sedang berdiri di sebelah tangga. Sekali lagi aku cuba mengumpul kekuatan dan mempraktikkan beberapa cara yang ideal untuk menegurnya seperti "Assalamualaikum", "Tak pernah nampak pun, awak asal mana?" dan "Hai, boleh berkenalan?". Setelah aku yakin yang aku sudah bersedia, aku kembali mengatur langkah menuju ke arahnya. Namun, semakin hampir aku kepadanya, langkahanku semakin perlahan. Sekali lagi aku terpaksa melakukan 'lencongan kecemasan' menuju ke bawah khemah, di celahan tingkat kerusi plastik yang tersusun rapi. Aku mengambil sebuah kerusi plastik dan melabuhkan punggung. Nafasku kembali diatur normal.
Aku memandangnya kembali, dan kebetulan dia juga sedang memandang ke arahku. Pandangan mata kami bertemu selama beberapa ketika. Aku tungkas merundukkan mata. Tidak mampu untuk bertentang pandangan dengannya. Saat yang ditakuti akhirnya tiba. Aku melihatnya bangun dari bangku kayu dan mulai bersalam-salaman dengan Juraidah dan anggota keluarga Salim yang lain. Dia akan pergi sebentar lagi. Aku semakin cemas. Segala idea datang silih berganti namun tidak ada satu pun yang mampu mendorongku untuk pergi bertanyakan nama dan alamatnya, atau hanya sekadar bertegur sapa. Dan ketika dia mulai melangkah, harapanku untuk mengenalinya tampak semakin kelam. Kemudian, dengan tidak semena-mena, dia berhenti. Aku melihat dia membuka tas tangannya dan mencari-cari sesuatu. Kemudian, dengan perlahan dia menghampiriku lalu menghulurkan sekeping kertas kecil berwarna putih seraya berkata "Kalau awak ada kelapangan, bolehlah kirim surat." Sebelum beredar, dia mengukir senyuman sungguh manis untukku.
Aku hanya terkebil-kebil di situ sambil memegang kertas putih itu. Bermimpikah aku? Dari kejauhan, aku melihatnya berjalan menuju ke kereta. Dalam setiap langkah kakinya aku mengharapkan dia akan menoleh ke arahku untuk kali yang terakhir. Namun dia tidak menoleh walau sedikit pun. Seketika kemudian, dia pergi lalu hilang dari pandangan.
Seminggu kemudian, aku kembali bertugas. Jadual harianku kembali padat. Terlalu banyak perkara yang harus difikirkan. Namun peristiwa yang berlaku di kampung akan sentiasa kekal dalam ingatan. Aku masih tercari-cari kelapangan masa untukku menulis surat. Selepas sebulan, barulah aku berkesempatan untuk menghantar surat kepadanya. Di dalam surat itu aku memohon kemaafan kerana agak lewat mengirim berita dek kesibukan kerja. Aku juga bertanya kepadanya sama ada dia masih mengenali diriku, 'lelaki gulai kawah' dan rasionalnya dia memberikan alamat rumah berbanding nombor telefon atau emel. Jika tidak, sudah tentu berita dan pesanan dapat dikirimkan dengan pantas. Seminggu kemudian, dia membalas suratku. Dia menyatakan rasa gembiranya kerana aku sudi mengirimkan berita. Dia juga menyatakan, setiap hari dia menanti kedatangan suratku dan menjelaskan tujuannya tidak memberikan nombor telefon. Dia sekadar ingin menduga kesungguhan aku untuk berkawan. Jika aku benar-benar ikhlas, tidak kira walau apa sekalipun medium perantaraannya, pasti aku akan berikhtiar dan berusaha untuk menjalinkan persahabatan.
Sejak itu, kami berkawan rapat dan berkongsi perasaan yang sama antara satu sama lain. Dan hari ini, genaplah 6 bulan usia pertunangan kami. Jika tiada aral melintang, 2 bulan lagi kami bakal melangsungkan perkahwinan. Pertemuan yang tidak disangka di bangsal gulai kawah telah membawa seribu erti bagiku. Ianya bukan sekadar pertemuan biasa antara seorang lelaki dan wanita, tetapi ianya adalah jodoh pertemuan yang membawa kepada penyatuan jiwa 2 insan. Kami sentiasa berdoa dan mengharapkan jodoh kami berkekalan kerana perjalanan kami masih panjang dan masih terlalu banyak perkara ingin kami lakukan bersama. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku dipertemukan dengan cinta sejati di hadapan gulai kawah yang mendidih. Terima kasih pak ngah. Mulut pak ngah memang masin.

3 comments:
AMIN~..mulut pakngah memang masih..kenduri-kendara memnag tempat mencari jodoh.. :)
ahahahaha....lps ni asal jmpe kenduri kawen msti masuk..knal x knal blkg kira...haha
hahaha..gilo!..nway,tahniah dengan penghasilan blog ni..semoga banyak hasil-hasil karya abang kachaq akan berjaya dihasilkan..AMIN~.. :)
Post a Comment