Assalamualaikum wbt
Hallluuuuuuuu.....selamat datang ke Ruangan Sembang Kencang bersama saya Encek Kachaq....ape kabar saudara saudari di luar sana? Sudah makan? Sudah minum? Sudah buang air besar? Bagus.....semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan tidak sembelit.....
So...how's life today? Good? Better than yesterday? Just so-so warm-warm nail? Tak kisah laa...kesyukuran harus dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bangun dari tido dan bernafas...dan yang paling pentng, nikmat iman masih lagi menjadi hak milik kita...ker guaner boh?
Untuk segmen kali ini, saya nak bercerita pasal angan-angan. Omputih cakap dream. Org hindustan cakap khwabon (rasenye btol kot). Kenapa angan-angan? Mengapa angan-angan? Hahaha....setiap umat manusia yang berjalan kaki atas dunia ni mesti pernah berangan dan mempunyai angan-angan...bukan sahaja yang berjalan kaki, yang merangkak, yang menaiki kereta, yang guna kerusi roda, yang membonceng motorsikal, yang menaiki bas, yang berlari, semuanya pernah mempunyai angan-angan. Dan semestinya, semua orang berangan tentang perkara-perkara yang indah. Berangan nak jadi kaya, berangan nak jadi kachaq, berangan nak jadi bijak dan genius, berangan nak itu nak ini dan macam-macam lagi. Tak tau laa pulak kalau ada orang yang berangan nak jadi sudu atau kopiah.
Tidak salah untuk kita berangan-angan kerana kadang-kala, angan-angan itu yang akan memacu diri kita untuk maju ke hadapan. Sedar tak sedar, apa yang sebenarnya kita inginkan dalam hidup, kita wujudkan dalam angan-angan kita. Tapi Allah itu Maha Kaya. Apa yang kita angankan tak semestinya kita akan dapat. Mungkin kita tak tahu, apa yang kita angankan itu bukan yang terbaik untuk kita. Maka, sekadar apa yang telah Allah kurniakan kepada kita hari ni, kita bersyukur. Sekurang-kurangnya kita masih mampu untuk makan nasik dan tido sedap. Alhamdulillah.
Bagi saya pulak, sudah tentu laa saya pun ada angan-angan sendiri. Masa kecik dulu saya berangan nak ada banyak mainan-mainan canggih. Tapi cuma sekadar angan-angan. Mainan canggih bukan yang terbaik untuk saya, sebab tu Allah tak benarkan saya memiliki permainan canggih masa kecik-kecik dulu. Dia Maha Mengetahui. Maka apa akan berlaku jika saya dapat mainan canggih? Hahaha. Mainan tercanggih pernah saya dapat masa kecik-kecik dulu ialah video game yang pakai katrij tu. Dulu menda alah tu dekat Jerteh harga RM 150. Masa tu RM 150 dikira agak mahal. Saya buat perjanjian dengan abah saya, kalau saya exam akhir tahun dapat nombor 1, saya nak video game. Tung tang tung tang, saya pulun exam akhir tahun saya dengan bergaya. Dapat laa hadiah video game. Fuhhh hepi gilerr. Haha.
Lepas tu, saya jadi leka main game. Balik sekolah main game, sebelum tidur main game. Makan game, tido game, berak game. Lama-lama saya mengabaikan pelajaran saya. Nak dijadikan cerita, suatu hari tu saya gagal ujian Bahasa Inggeris. Abah saya bertukar menjadi Hulk. Dia mengamuk lalu mencampak video game tu dalam semak. Sejak dari peristiwa tu, sampai la sekarang, saya tak pernah mintak apa-apa dengan abah saya. Alhamdulillah, walaupun saya lulus dengan cemerlang dalam PMR dengan SPM, hatta sehelai t-shirt pun saya tak mintak habuan. Fobia punya pasal. Abah pernah offer nak bagi hadiah tapi saya menolak. Tapi saya tahu, hadiah dari abah saya datang dalam pelbagai bentuk. Perbelanjaan saya untuk masuk MRSM, masuk universiti, tambang bas nak pergi interview, duit poket etc etc etc etc.
Kesimpulannya, apa yang kita dapat harini, kita kena bersyukur. Jangan mencemburui kelebihan orang lain. Rezeki masing-masing sudah dibahagikan sama rata, sama adil. Cuma bezanya lambat atau cepat jer. Jangan khuatir. Sabar itu kunci kebahagiaan.
Masa kat universiti, saya pernah berangan nak jadi macam Shah Rukh Khan dalam cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge. Dalam cerita tu, SRK pegang watak seorang anak muda yang menikmati kehidupan sepenuhnya. Dalam konteks realiti kehidupan saya pulak, saya mengaplikasikannya dalam bentuk lain. Mak saya pernah berpesan, nikmati sepenuhnya kehidupan di kampus. Apa jua jenis sukan yang saya suka, saya bebas untuk melibatkan diri. Kalau rasa nak main bola, main bola. Rasa nak main pingpong, main pingpong. Rasa nak main takraw, main takraw. Rasa nak jadi ahli MPP, jadi ahli MPP. Tiada halangan. Cuma jangan abaikan pelajaran. Lalu, saya memilih untuk bergiat aktif dalam sukan bola tampar. Memang saya betul-betul aktif. Gilerrr punya aktif. Dari tahun pertama sampai tahun kelima saya aktif volleyball. Semua jenis kejohanan saya dah join. Macam-macam pengalaman saya dapat. Akhirnya, kecederaan serius pada penghujung tahun 2007 telah memaksa saya untuk bersara. Tapi walau ape pun, saya tetap puas hati dan berbangga dengan diri saya.Saya jugak berangan nak jumpa dengan Simran saya. Dah jumpa ker? Rahsia. Haha.
Akhir kalam, nanti kita jumpa lagi dalam segmen yang lain pulak. Saya nak sambung menulis novel saya. Dah dapat idea. Huhuhu.
- saya jatuh cinta pandang pertama dengan Simran -






0 comments:
Post a Comment