Setelah berpuas hati dengan catatan rekod kewangan syarikat, Rafiz menyusun segala fail dan menyerahkannya kepada Miss Meykhorn untuk disimpan. Setelah itu dia menuju ke bilik Rozenan. Pintu diketuk. Rozenan masih lagi kusyuk mengadap komputer untuk menyiapkan kertas kerja. Rafiz mengambil tempat di sofa dan mencapai akhbar di atas meja kopi.
“Dah siap check akaun?” Soal Rozenan. Matanya masih lagi tertumpu di skrin.
“Dah. So far takde masalah. Aku tengok flow pun cantik.” Jawab Rozenan. Helaian akhbar dibeleknya satu-persatu.
“Pukul berapa dah sekarang?” Tanya Rozenan.
“Pukul 6.00. Taknak balik lagi ker?” Rafiz meletakkan kembali akhbar ke atas meja.
“Jom balik. Aku off komputer kejap. Tolong kejutkan Haris.” Pinta Rozenan.
Rafiz keluar dari bilik lalu menuju ke pantry. Haris masih lagi berdengkur di atas sofa. “Jom balik. Sambung tidur dekat rumah pulak.” Rafiz menggoyang-goyangkan kaki Haris. “Pukul berapa dah?” Haris tersedar dari tidur lalu menggosok matanya. Jam di dinding dipandangnya. “Eh, dah pukul 6.00. Tunggu kejap aku nak sembahyang Asar.” Tergopoh-gopoh Haris menuju ke bilik air. Sejak pulang dari kerja tadi, sudah beberapa kali dia menguap di dalam kereta. Sesampainya di pejabat Rozenan, dia terus merebahkan diri di atas sofa di pantry.
Semasa dalam perjalanan pulang, mereka bertiga singgah di pasaraya untuk membeli barang-barang dapur. Mereka bertiga berpakat untuk memasak malam ini. Setelah selesai membeli semua keperluan, mereka bertolak pulang.
********************
Azan Isyak baru saja berkumandang dari Masjid Wat Suan Pho yang terletak berdekatan dengan kawasan perumahan itu. Haris, Rozenan dan Rafiz sembahyang berjemaah di rumah. Selesai bersolat, mereka menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam mereka. Menu pilihan untuk malam ini ringkas sahaja. Ikan kembung masak kicap, sayur goreng dan telur dadar.
Selesai makan malam, Haris dan Rozenan melangkah menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen sementara Rafiz masih berada di dapur untuk membersihkan meja makan dan mencuci pinggan-mangkuk. Tugas membersihkan dapur dilakukan secara bergilir-gilir. Dan malam ini adalah giliran Rafiz. Di kalangan mereka bertiga, Rafiz paling dikenali sebagai seorang yang pembersih. Lihat saja keadaan bilik tidurnya, kemas dan tersusun. Jika dia bertugas membersihkan dapur, Haris dan Rozenan pasti tersenyum dengan hasil kerja Rafiz. Sinki berkilat, pinggan tersusun di rak, meja makan kemas malah lantai sekalipun tidak berhabuk dikerjakannya.
Lampu dapur ditutup. Dia menuju ke ruang tamu untuk menyertai rakan-rakannya bersantai. "Bila kau kena pergi Narathiwat?" Tanya Rozenan spontan. Rafiz baru sahaja hendak mendaratkan kepalanya di atas kusyen. "2 hari lagi aku kena lapor diri. Aku ingat esok nak pergi sana. Tengok-tengok tempat. Sambil-sambil tu nak cari bilik kosong." Terang Rafiz. "Kalau macam tu, esok pagi kau ikut aku masuk office dulu. Lepas tu kita gerak pergi sana." Cadang Rozenan. Rafiz mengangguk setuju.
********************
"Hana.." Pintu biliknya diketuk dari luar.
Hana bingkas bangun dari katil. Novel yang sedang dibacanya diletakkan di sisi bantal.
"Kenapa Rina?" Kelihatan Rina sedang berdiri di hadapan pintu sambil memegang 2 helai pakaian.
"Rina nak mintak tolong sikit. Tolong pilihkan untuk Rina." Ujarnya seraya menunjukkan sehelai blaus berwarna perang dan sepasang baju kebaya berwarna hijau.
"Ada function dekat kampus ker?" Soal Hana. Blaus dan kebaya itu ditiliknya.
"Eh, tak. Esok Rina nak jumpa kawan." Rina menjawab sambil mengukir senyuman yang tersirat.
Hana segera menangkap maksud teman serumahnya itu.
"Pakai yang ni. Match dengan seluar hitam." Hana memberikan ideanya. Blaus perang dihulurkan kepada Rina.
"Okay. Thanks !" Rina tersenyum girang lalu bergegas ke biliknya.
Hana tertawa melihat telatah Rina.
Pintu bilik ditutup. Dia kembali merebahkan diri di atas katil untuk menyambung pembacaannya. Baru beberapa perenggan, telefon bimbitnya berbunyi. Nombor yang tak dikenali tertera di skrin.
"Hello.." Suara lelaki kedengaran di hujung talian.
"Siapa yang bercakap tu?" Soal Hana curiga.
"Winai ni. Awak tengah buat apa tu?" Winai memperkenalkan dirinya.
"Oh, awak. Saya tak buat apa-apa. Tengah kemas bilik." Hana berbohong. Dia tiada mood untuk melayan perbualan Winai.
"Malam-malam kemas bilik? Rajinnya." Winai berseloroh.
"Kemas sikit jer. Lagipun saya dah siap-siap nak tidur ni." Kata Hana. Dia berharap perbualan itu dapat ditamatkan segera.
"Kalau macam tu takpelah. Esok malam saya call lagi. Bye." Panggilan dimatikan.
Hana merengus kelegaan.
Hana bukan sengaja mahu bersikap biadap, tetapi sebolehnya dia cuba untuk menjauhkan diri dari Winai. Walaupun dia tidak mengenali Winai dengan rapat, tetapi dia pernah beberapa kali terdengar cerita yang kurang enak tentang Winai. Kak Mala juga ada berpesan, berhati-hati kalau berkawan dengan anak lelaki tunggal Puan Khongmalai. Winai itu seorang kaki perempuan dan kasanova. Apabila teringatkan cerita-cerita itu, serta-merta timbul kegerunan di dalam hati Hana.
Mukasurat novel dibeleknya satu-persatu. Dia sudah menghabiskan separuh buku sejak pulang dari Chuntrang petang tadi. Kelekaannya sekali lagi terganggu dengan deringan telefon bimbit. Hana mengetap bibir. "Dia ni tak faham bahasa agaknya." Dengus Hana. Telefon bimbit dicapainya dengan kasar. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin.
"Ada apa lagi?" Soal Hana dengan suara yang keras.
"Ada apa? Saya tak faham. Ni betul ker Hana binti Zakaria?" Suara itu menyoal dengan sopan.
Hana kaget. Ini bukan suara Winai.
"Siapa bercakap tu?" Tanya Hana.
"Assalamualaikum. Saya Rafiz."
Hana diserang kegembiraan. Anak matanya bersinar-sinar, bibirnya terukir senyuman manja.
"Waalaikumussalam. Hana bercakap ni." Lembut sahaja suaranya menyapa.
"Saya ingatkan salah nombor tadi. Awak marah kat siapa tu?" Soal Rafiz.
"Oh, tak. Tadi ada orang call. Salah nombor." Hana berbasi-basi. Terdetik rasa bersalah dalam hatinya kerana meninggikan suara tadi.
"Oo yeke." Balas Rafiz pendek sambil ketawa kecil.
"Awak tak tidur lagi?" Hana memulakan perbualan.
"Belum lagi. Saya call ni sebab nak beritahu kat awak, esok saya nak datang." Terang Rafiz.
"Datang? Datang ke mana?" Tanya Hana.
"Narathiwat." Balas Rafiz.
"Sebab?" Hana kembali menyoal.
Lalu Rafiz pun menerangkannya satu-persatu dari awal hingga akhir.
Di akhir perbualan, masing-masing mengucapkan salam dan selamat malam. Hana termangu di sisi katil sambil memikirkan sesuatu. "Kerja kat sini? 2 tahun?" Bisik hatinya.
Untuk kesekian kalinya, Hana tersenyum.....
(bersambung....)






2 comments:
i want more....more n more n more.....lalala
sabaq..sabaq....nk pi panggil balik ilham yg pergi...
Post a Comment