Suasana di dalam Dewan Utama Seri Permata agak riuh-rendah. Puluhan orang pelajar memenuhi ruang dewan untuk mendaftarkan diri dalam program Bakti Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua di Sungkai anjuran Biro Kebajikan Badan Perwakilan Mahasiswa (BPM). Program ini merupakan acara tahunan dalam kalendar aktiviti BPM bagi mengutip dana untuk didermakan ke rumah kebajikan tersebut di samping untuk memupuk minat para pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial kemasyarakatan. Sebanyak 6 kaunter pendaftaran dibuka dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Suraya dan Kartini baru sahaja selesai mengisi borang pendaftaran. Selepas itu, mereka beratur di barisan kaunter nombor 1 yang telah dikhaskan untuk para pelajar tahun akhir. Sementara menunggu giliran, mereka bersembang-sembang dengan rakan-rakan lain yang turut berada di situ; Fatin dan Hanim. Mereka berempat menuntut di dalam jurusan yang sama iaitu Business Information System (BIS).
Apabila sampai gilirannya, Suraya melihat wakil urusetia tiada di tempatnya. Lantas dia bertanyakan Puan Rahmah yang kebetulan menjadi wakil urusetia di kaunter 2. “Tunggu sekejap yer. Dia ke tandas.” Ujar Puan Rahmah. Suraya mengangguk. Lalu dia meletakkan borang di atas meja. Sementara menunggu wakil urusetia tersebut datang, Suraya berbual-bual dengan rakan-rakannya.
“Suraya binti Ahmad.” Namanya dipanggil. “Ya, saya.” Jawab Suraya seraya berpaling.
“Awak?” Suraya terkejut. Seperti tidak percaya apa yang dilihatnya. Zakuan mengambil tempat di kerusinya sambil memegang borang pendaftaran milik Suraya. “Nama awak Suraya? Sedap nama tu. Macam tajuk lagu kumpulan Headwind.” Usik Zakuan sambil tersenyum. Merah padam muka Suraya. “Awak buat apa kat sini?” Soal Suraya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia bertanyakan soalan itu. “Saya wakil urusetia la. Kenapa? Awak nampak saya tengah jual sayur ker?” Sindir Zakuan. Darah Suraya menyirap akibat diperli begitu. Rakan-rakannya yang berada di belakang ketawa geli hati melihat mereka berdua.
Melihatkan raut wajah Suraya yang masam mencuka, Zakuan tersenyum sumbing. Dia tahu yang Suraya sedang marah. Akhirnya berjaya jugak aku balas dendam, desis hati Zakuan. Fail berwarna hitam yang diletakkan di bawah meja dicapai lalu dibukanya. Setelah mencatatkan sesuatu di dalam fail tersebut, dia menyerahkan slip pengesahan pendaftaran kepada Suraya.
“Terima kasih atas sokongan anda dalam menjayakan program kami.” Kata Zakuan sambil mengenyitkan mata ke arah Suraya.
“Sama-sama !” Balas Suraya kasar sambil menarik kertas slip yang dihulurkan Zakuan. Dia berasa geli-geleman dengan aksi Zakuan tadi. “Gila !” Getusnya seraya berlalu.
********************
Sementara menantikan rakan-rakannya selesai dengan urusan pendaftaran di dalam dewan, Suraya melepak di bangku taman sambil membaca nota yang dibawanya. Memang itu tabiat Suraya, sering membawa nota walau ke mana sahaja dia pergi. Setiap detik masa itu amat bernilai dan dia tidak mahu membuang masa dengan sia-sia. Segala ruang waktu dan peluang yang ada akan dimanfaatkan sebaik mungkin dengan mengulangkaji pelajaran. Tambahan pula, peperiksaan akhir bakal menjelma beberapa bulan dari sekarang. Suraya gemar membuat persiapan awal, maka tidak hairanlah dia sering mendapat keputusan peperiksaannya yang cemerlang setiap semester.
Secara tiba-tiba dia teringatkan Zakuan. Sejak hari pertama dia bertemu sehinggalah sekarang, Suraya langsung tidak mengenalinya. “Kalau dia budak batch aku, mesti aku kenal. Ni tak pernah nampak pun.” Soalnya sendirian.
“Jauhnya termenung, sampai ke Ireland perginya. Ingat kat Fendi ker?” Tegur Kartini. Lamunan Suraya termati di situ. Dia mencebikkan bibir. “Tolong jangan sebut pasal dia lagi.” Rayu Suraya. Dia kurang senang jika nama Afendi disebut-sebut. Hatinya pedih dan sensitif. Kartini hanya tersenyum. “Okey lah, sorry. Lain kali saya tak sebut dah. Saya sebut nama Zakuan pulak, boleh?” Kartini mengacah. Sengaja dia mahu melihat reaksi Suraya.
“Zakuan? Zakuan yang mana?” Tanya Suraya.
“Awak tak kenal Zakuan?” Soal Kartini.
Suraya menggelengkan kepala.
“Itulah awak. Lain kali keluarlah bersosial sikit. Asyik terperap dalam bilik jer. Sampaikan budak batch sendiri pun tak kenal.” Perli Kartini.
“Zakuan yang mana satu ni? Batch kita ada 2 orang jer yang nama Zakuan. Dua-dua saya kenal.” Balas Suraya.
“Ni Zakuan lain. Tadi saya nampak dia kenyit mata kat awak.” Kartini tertawa kecil.
“Maksud awak mamat yang jaga kaunter 1 tadi?” Tanya Suraya.
Kartini menganggukkan kepalanya.
“Dia batch kita ker? Apsal tak pernah nampak sebelum ni?” Soalnya lagi.
“Actually, dia tu baru masuk ke sini. Sebelum ni dia belajar dekat Sabah, tapi tahun lepas dia mintak tukar nak balik Semenanjung. Degree dia dekat sana tinggal 2 semester jer lagi, dia nak habiskan kat sini. Nanti dia grad sekali dengan kita.” Terang Kartini.
“Oo macam tu. Tapi sebab apa dia mintak tukar?” Suraya semakin berminat ingin tahu.
“Entah. Saya pun tak pasti. Apa kata awak tanya dia sendiri, lepas tu awak cerita kat saya.” Kartini tersengih.
“Tak kuasa !” Balas Suraya sambil menjegilkan matanya. Lalu mereka berdua ketawa.
“Eh, mana yang lain?” Setelah ketawanya reda, Suraya baru menyedari Hanim dan Fatin tiada di situ.
“Fatin temankan Hanim pergi hantar assignment kejap. Dia suruh kita tunggu dekat Kafe Melati.” Jawab Kartini.
“Kalau macam tu kita gerak sekarang la.” Ujar Suraya.
Lalu mereka berdua meninggalkan perkarangan dewan menuju ke Kafe Melati yang terletak beberapa ratus meter dari situ.
(bersambung.....)






0 comments:
Post a Comment