Keadaan di Suvarnabhumi International Airport agak sibuk. Lautan manusia membanjiri ruang legar, beribu-ribu ramainya seakan-akan suatu pesta sedang berlangsung. Pelbagai watak manusia dapat dilihat di sini; kepelbagaian bahasa pertuturan, warna kulit, suku etnik, agama dan juga karenah tentunya. Suvarnabhumi Airport menjadi transit utama kepada para pelancong asing yang datang berkunjung ke Negara Thai. Terletak di tengah-tengah ibu kota Bangkok, sudah barang tentu ianya menjadi tumpuan utama. Rata-rata pelancong asing yang mendarat di sini akan memilih bentuk transportasi sendiri untuk menuju ke destinasi seterusnya.
Swiss Airlines sudah mendarat sejak sejam yang lalu. Kebanyakan penumpangnya masih lagi berada di ruang legar, menanti kenalan untuk datang menjemput, atau sekadar duduk beristirehat di ruang legar itu menikmati sedikit ketenangan dan menghilangkan penat sebelum meneruskan perjalanan. Tambahan pula, cuaca di luar agak panas. Nyaman pendingin hawa di kawasan tempat duduk di ruang legar telah menyekat orang ramai untuk keluar. Tidak sanggup untuk berpanasan di bawah rembang matahari yang semakin meninggi di atas ubun kepala.
Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Rafiz sudah beberapa kali menguap. Dia tidak dapat tidur dengan lena sepanjang penerbangan. Sesekali dia memandang ke arah Haris yang sedang asyik membelek senaskah majalah. Kedua-duanya sedang menantikan Rozenan untuk datang menjemput mereka. Agak bosan menunggu, Rafiz bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke perkarangan luar untuk mengambil angin. Matahari terik memancar. Ribuan kenderaan masih lagi bersimpang-siur di atas jalan raya dan menyebabkan kesesakan yang agak teruk. Tidak banyak bezanya dengan Zurich, cuma di sana bilangan kenderaannya lebih sedikit berbanding di sini, fikir Rafiz.
“Jom. Nan dah sampai.” Laung Haris sambil menarik bagasinya. Rafiz segera pergi mendapatkan barang-barangnya di dalam dan membontoti Haris. Dari jauh kelihatan Rozenan tersengih-sengih melihat kedua-dua sahabat baiknya itu. Mereka bersalaman dan berpelukan. Rozenan semakin gemuk. Maklumlah, perniagaan semakin maju, hidup pun bertambah senang. Dia telah membuka perniagaan menjual alat ganti kenderaan sejak 2 tahun yang lalu. Sejak berhijrah ke sini, kehidupannya dilihat bertambah baik. Rafiz tumpang gembira melihat rakannya itu sudah berjaya.
********************
Sejak dari tadi, ketiga-tiga orang sahabat itu rancak berbual. Masing-masing bercerita tentang perkembangan terbaru diri sendiri. Sudah lama mereka tidak berjumpa dan tentunya terlalu banyak perkara yang mereka mahu sembangkan. Kereta Ford Focus yang dipandu Rozenan bergerak agak perlahan. Kesesakan lalu lintas nampaknya masih lagi teruk. Destinasi mereka ialah Phranchat, iaitu kawasan tempat tinggal Rozenan. Dia telah membeli sebuah rumah di situ dan tinggal seorang diri. Sebaik sahaja mendapat berita yang Haris dan Rafiz akan berhijrah ke sini, Rozenan mengajak mereka untuk tinggal bersama.
Esok Haris akan mula melapor diri di tempat kerja barunya. Manakala Rafiz pula belum membuat sebarang keputusan tentang hala tujunya selepas ini. Kemungkinan dia akan membantu Rozenan menguruskan syarikat secara sambilan buat sementara waktu. Rafiz tidak begitu risau tentang mencari pekerjaan di kota Bangkok ini. Sebelum dia datang ke sini, dia sudah mencari di laman-laman Internet tentang potensi-potensi kerjaya yang ada di Bangkok. Dia agak bernasib baik kerana terdapat satu kekosongan sebagai jurutera projek di syarikat Highwood Construction Services. Dia sudah menghantar surat permohonan dan resume kira-kira 3 minggu yang lalu, namun masih belum menerima sebarang jawapan.
Setelah mengharungi kesesakan lalu lintas hampir 2 jam, akhirnya mereka sampai di Phranchat. "Besar jugak rumah kau ni. Design pun boleh tahan. Mesti mahal." Haris menyatakan kekagumannya terhadap rumah teres berkembar 2 tingkat yang tersergam di hadapannya. Rafiz mengangguk setuju. Rekabentuknya menarik, bersaiz besar dan mempunyai halaman. Kalau di Malaysia, rumah begini barangkali harganya sekitar RM 500,000 dan ke atas. Rozenan hanya tersenyum. "Dah dah. Jom masuk. Buat macam rumah sendiri." Pelawa Rozenan seraya membuka pintu. Haris dan Rafiz menarik bagasi lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Susun atur perabot yang kemas dan sederhana. Memang sesuai dengan kehidupan orang bujang seperti Rozenan. Di dinding tergantung beberapa bingkai gambar pemandangan-pemandangan menarik. Di satu penjuru, tergantung potret keluarga Rozenan. "Ayah dengan mak kau kat kampung sihat, Nan?" Tanya Rafiz. "Alhamdulillah semua sihat." Jawab Rozenan ringkas. "Eh korang tak lapar ke? Kita nak makan tengah hari kat mana?" Haris yang dari tadinya hanya diam kini kembali bersuara. "Takpelah. Tengah hari ni ikut aku. Kita makan kat luar. Aku belanja." Rozenan menjawab. Haris dan Rafiz tersenyum lebar.
"Kalau kau nak rehat dulu sehari dua pun takde masalah. Lagipun kat pejabat tu kerja takdelah banyak sangat. Semuanya kerani aku dah uruskan." Ujar Rozenan. Rafiz yang sedang leka menjamu selera segera berhenti mengunyah lalu menumpukan perhatiannya pada Rozenan. "Mana boleh Nan. Kau dah bagi aku tumpangkan rumah, sekurang-kurangnya aku nak jugak tolong kau apa-apa yang patut sementara aku dapat kerja tetap. Bukannya susah pun kerja kat pejabat tu." Terang Rafiz. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu membebankan Rozenan. "Suka hati kaulah. Kalau macam tu, esok pagi ikut aku. Kita pergi pejabat sama-sama." Kata Rozenan. Rafiz mengangguk setuju.
Setelah semua orang selesai mengisi perut, Rozenan bangun lalu berjalan menuju ke kaunter bayaran. Selepas ini mereka bertiga akan bergerak ke Payathai untuk meninjau lokasi pejabat urusan Electom Holdings di mana Haris akan melapor diri esok. "Jom. Lepas pergi Payathai aku bawak korang jalan-jalan." Rozenan mengusulkan cadangan setelah selesai membayar harga makanan di kaunter. Haris dan Rafiz bingkas bangun meninggalkan meja makan dan berjalan menuju ke kereta. Tiba-tiba telefon bimbit Rafiz berdering. Dia menyeluk poket seluar jeansnya untuk mengambil telefon.
"Farah?" Nama itu yang terpacul dari mulut Rafiz saat dia melihat nama pemanggil...
(bersambung....)

0 comments:
Post a Comment