.Miami.Love.Machine.

::..oRanGe..iS..mY..HeaRt..pUrpLe..is..My..sOuL..::

Bangun pagi-pagi lipat selimut tebal haruman Daia
Mata digosok mulut menguap..huarrghh !
Ubun-ubun kepala digaru menggoncang saraf yang masih lena
Tangan menggeliat leher diteleng-teleng..krukk krukk berbunyi

Telefon bimbit yang ireng dicapai
Buruk benar rupamu namun tiada bertukaran lagi
Jari menekan butang mematikan melodi ringtone alarm jam
Lagu itu bertajuk 'All My Loving'
Tim Urban setia menyanyi setiap pagi mengejutkan mati

Kaki panjang terkocoh-kocoh melangkah menuju ke bilik air
Sedang konco-konco belum pulang dari honeymoon
Sahaja aku mengambil wuduk kerana Allah Taala
Kain pelikat coklat bergantungan disarung lembut
Singlet bundle penutup badan jadi kawan baik solat selama 3 tahun

Allahuakbar !
Bismillah hirrahman nirrahim....

Subuh itu solatku tenang seperti air di kali
Rukuk sujud perlahan-lahan turun naiknya
Tatkala kanan dan kiri pengucapan salam sejahtera
Aduhh...
Mengapa pedih di dalam dada ?
Terhiris pisaukah ?
Atau ditusuk mata kail Angler bersaiz 20 ?
Atau disengat bisa ikan dukang yang tak faham bahasa memakan umpan tanpa izin ?

Oh...hampir aku terlupa dude !
Kotak memori mengajak bersorot
Semasa lemah-gemalai di penjuru kotaraya yang bertenang
Ada jemarian yang bertutur berwakil ucap
Gemerincingan gelang bertari tango dan salsa
Bukan lagu berpesta yang dialunkan
Lagu tumpas di gelanggang sehati berdansa
Tiada berbahasa tetapi bersuara
Mengalunkan titip-titip ayat yang perih

Sementelahan di sudut kampung itu jasadnya terkaku seperti joran Daiwa tak terusik
Ibarat air surut tiada ikan hatta sekilas anak kunyit pun
Kejang kaki dan tangan mata berkedip-kedip
Degup arteri pulmonari sepantas Usain Bolt dikejar beruk jantan yang tak siuman
Paparan kristal cecair menjadi medan dan saksi upacara
Ayat-ayat mengelar yang beratur menonjolkan tubuh satu-persatu
Ka ching ! Ka ching ! Ka ching !

Waduh !
Apaan ini sih ?
Konfusi otak diketuk-ketuk
Sedang ubun-ubun keguguran rumput kerana sering diurut kasar
Agar menghadirkan konklusi untuk difikirkan
Aaaaadduuuuhhhh ! Laksana jerit Senggoro Api

Jelepok di atas tikar solat adalah lebih baik dari jamban yang berlagu Lionel Richie
Sementara minda terbang berkawan dengan kenangan
Menggugurkan imbasan-imbasan memori yang manis
Satu-persatu datang menerjah atas bawah
Lalu terkulat-kulat ia menjadi pahit
Sedang ia sendiri tidak mengerti

Oh Tuhan !
Ar-Rahman !
Ar-Rahim !
Ar-Razak !

Sang hati masih meleleh-leleh menitis sel darah putih dan merah
Doktor Zubaidah jua pasti tidak akan ketemui andai dibuka kitab Professor Karl-Heinz
Jangan dilihat dengan mata !
Hulurkan kakimu di dalam kasutku kelak akan mengerti

Sesudah kata-kata dipanjatkan setinggi-tinggi langit
Kaki panjang lemah mengangkat jasad pun tak mampu
Tangan kegigilan bukan Parkinson Muhammad Ali yang K.O dibantai Joe Frazier di Manila
Ianya terkesan pada bahasa tak bersuara yang tertitip di hujung jari gemalai
Di penjuru kotaraya yang kembali menggila

Mata meminta ditutup...kaman !
Hati meminta ditutup...kaman !
Jiwa meminta jangan dibukakan lagi
Tunggu saja di perhentian itu menantikan Sani Ekspress
Atau Polo Volkswagen Das Auto akan datang menjemput di atas permaidani jingga

Syuhh ! Syuhh ! Syuhh !
Nyah lah kamu imbasan memori !
Kamu manis yang tiada bergula lagi bermadu
Akan terus bertaman di sisi hati selagi tiada ubat datang membersihkan
Maka taman itu akan ketumbuhan lalang dan rumput berwarna merah jambu
Terpacak papan tanda berwajah sutera
Berzaman akan dibiar dan terbiar
Menanti sang pekebun ayu datang memotong dengan mesin qaseh...vroom vroom !

Assalamualaikum wahai anak Adam..
Namaku Fatimah Azzahra binti Mohd Khalid..
Aku mahu berumah di sini jika kamu izinkan..
Aku datang berutusan dari Tuhan Yang Satu..
Daun pohon di Arasy' menulis namamu untuk gandingan..
Aku mengetuk harap engkau bukakan..

Berbasi-basi jasad membangun
Alhamdulillah..negara Islam ini mengurniakan cuti pada penghulu hari
Mata merayu-rayu
Pejamlah bro..
Pejamlah bro..
Sedang perut kosong bermain muzik minta diisi
Hempedu berkata "Jangan !"
"Aku sedang merembeskan jus pahit"
"Si polan ini dalam duka"
"Sepinggan nasi lemak berlauk ikan tongkol takkan memahami sengsara"

Bahagia merapati sengaja diujikan
Kelak bahagia pergi diri tinggal sesalan
Kerana sengal yang memperkosa bahagia
Bahagia berduka dinaungi tangisan bidadari

Di atas sana
Segerombolan isteri cantik rupawan jelitawan indah tak tergambar di anak mata
Priyanka Chopra cuma pengawal di pintu pagar sahaja
Mencaci mengeji sang manusia yang melukakan bakal suami mereka

Kurang ajar kamu manusia !
Itu suamiku !
Apa hakmu ?

Di hujung sedar yang merapati lena
Fajar mulai mengintai ruang di celahan kumulus
Otak kanan mengingati
Malam sepi yang disepikan
Terpana dek tipu-daya sang kekasih palsu
Sambil menyelusuri musabab yang memungkinkan
Kerana masa itu lain benar bicara
Masa ini bertambah lain
Apakah ianya punya pengertian ?
Atau sebenarnya pengakhiran ?

Tatkala mata mengatup kelopak
Menggamit Tim Urban untuk konserto kedua
Nyanyikan aku lagu cinta di setengah hari
Di sini ku tunggu pesawat cinta
Bawakan aku ke Amsterdam
Kerana Zurich dan Narathiwat jahat
Hati dan hempedu masih meleleh dan merembes dengan jus pahit
Kerana jasad di sudut kampung itu seorang klempess yang terluka




Otai sajak abstrak,
-apiskef-
23/10/2010
1130 hrs

0 comments:

Post a Comment

..: my ads :..

..: my profile :..

My photo
unique, passionate, gorgeous, dynamic, tolerant, observer, listener, kind-hearted, gentleman, hilarious, friendly, calm, cool, sentimental, rock ballad, Bee Gees, Lionel Richie, Man Utd, fish, aquarium, Rooney, 80's, volleyball, darts

..: my clock :..

..: my shout :..


ShoutMix chat widget

..: my visitor :..

..: my LTF :..

..: my list :..

..: my fans :..

..: my track :..

..: WANTED :..

  • 2) jam tangan
  • 3) Nokia E66