.Miami.Love.Machine.

::..oRanGe..iS..mY..HeaRt..pUrpLe..is..My..sOuL..::

Gelang tangan bermanik kristal itu digenggamnya erat. Itu adalah hadiah pemberian Afendi sebelum dia berangkat ke Dublin. Tanpa dia sedar, airmatanya mengalir perlahan. Pedih di hatinya tidak tertahan.


Suraya pasrah dengan dugaan yang menimpanya. Wajah Afendi terbayang-bayang di ruangan matanya. Dia sudah cuba untuk membenci lelaki itu namun semakin kuat dia membenci, semakin kuat ingatan terhadapnya.

Suraya bingkas bangun. Kesan basah airmata jelas kelihatan di bantalnya, dek kerana terlalu banyak menangis. Suraya mengesat airmata yang masih membasah di pipi. "Aku mesti kuat. Mana boleh nangis." Suraya menitipkan kata-kata semangat untuk dirinya sendiri. Dia nekad, mulai saat ini, dia akan melupakan Afendi dan tidak mahu lagi membazirkan airmatanya kerana seorang lelaki.

Perkenalan yang bermula semasa menuntut di tingkatan 4 telah menjalinkan satu persahatan antara Suraya dan Afendi. Mereka belajar di kelas yang berlainan dan bertemu secara tidak sengaja semasa kejohanan merentas desa. Buku lali Suraya telah terseliuh semasa berlari dan kebetulan Afendi yang pada waktu itu bertugas sebagai 'emergency rescue team' bagi pasukan beruniform Bulan Sabit Merah telah membantu merawat kecederaan Suraya. Sejak dari itu, mereka berkawan rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih. Perhubungan istimewa yang terjalin sejak di bangku sekolah telah diteruskan sehingga masing-masing menjejakkan kaki ke menara gading, cuma bezanya Suraya di Malaysia dan Afendi di Ireland. Pada awalnya, tiada masalah yang timbul antara mereka. Walaupun cinta jarak jauh yang mereka dipertaruhkan, masing-masing tetap setia. Namun, panas yang diharapkan hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Perhubungan mereka mula menampakkan bibit-bibit permasalahan tatkala usia ulangtahun menjengah angka 7. Suraya mulai sibuk dengan urusan pelajaran dan tesis tahun akhir yang sememangnya mendera mental dan fizikal para pelajar. Afendi mulai terasa kesunyian. Dia semakin jarang dapat berbual dengan Suraya. Dalam diam, dia menjalinkan hubungan dengan Yanti, seorang pelajar Malaysia yang turut sama menuntut di Dublin. Akhirnya tembelangnya pecah. Hancur remuk hati Suraya apabila mendapat tahu Afendi berlaku curang. Kesudahannya, Suraya memutuskan perhubungannya dengan Afendi.

"Assalamualaikum." Suara Kartini memberi salam mematikan lamunan Suraya. Dia segera mengesat air mata di pipi. Daun pintu bilik dikuak perlahan. Kartini melangkah masuk lalu meletakkan begnya di atas katil. Dia sempat menangkap raut wajah sugul Suraya yang sedang berpura-pura membaca nota. Kartini seakan mengerti apa yang sedang bermain-main di fikiran teman sebiliknya itu. Dia turut bersimpati dengan apa yang berlaku. Kartini mendekati Suraya lalu dia duduk di sisi katil. "Su, banyakkan bersabar. Semua yang berlaku tentu ada hikmahnya." Ucap Kartini sambil memegang tangan Suraya.

Suraya menjadi sebak. Tanpa dipinta, airmatanya kembali meruntun laju. Dia menangis tersesak-esak di bahu Kartini.

********************

"Prreeettttt !!"

Encik Murad meniupkan wisel. Semua pemain menghentikan latihan mereka lalu datang berkumpul di hadapan Encik Murad. "Untuk perlawanan persahabatan esok, saya nak kamu semua datang awal ke gelanggang. Warm up cukup-cukup. Kalau ada apa-apa arahan tambahan, saya akan maklumkan pada kapten. Baik, semua boleh bersurai." Encik Murad memberikan arahan terakhir. Seorang demi seorang mula melangkah meninggalkan gelanggang bola tampar. Kepenatan jelas terpancar di wajah setiap pemain. Latihan fizikal selama 3 jam setiap hari benar-benar melesukan. Kejohanan sukan antara IPTS akan bermula tidak lama lagi. Maka latihan harus dipertingkatkan bagi mempersiapkan diri menjelang kejohanan tersebut.

Zakuan, Din dan Khairul masih lagi belum berganjak dari gelanggang. Kebiasaannya, memang mereka bertiga akan meninggalkan gelanggang paling lewat. Zakuan mengutip bola yang bertebaran di segenap pelusuk gelanggang sementara Din dan Khairul masih giat melakukan latihan tambahan. Setelah semua bola dikutip, Zakuan mengajak Din dan Khairul pulang.

Kereta Myvi putih milik Khairul meluncur laju. Mereka bertiga sedang rancak berbual tentang perlawanan persahabatan esok. Apabila tiba di satu selekoh, Zakuan ternampak Suraya sedang berjalan kaki seorang diri. Baru pulang dari berjogging barangkali, fikir Zakuan. Tiba-tiba, Zakuan menyuruh Khairul memberhentikan keretanya di tepi jalan. "Apahal?" Soal Khairul kehairanan. Wajah Zakuan ditatapnya. "Korang balik dulu. Aku nak jalan kaki jap. Ambik angin." Kata Zakuan seraya membuka pintu kereta. Mujurlah Khairul dan Din tidak dapat menghidu niat sebenarnya. Jika tidak, masaklah dia. Setelah pintu kereta ditutup, Myvi putih itu meneruskan perjalanan pulang ke kolej kediaman.

Lalu, dengan langkahan yang sederhana, Zakuan berjalan mendekati Suraya yang tidak menyedari kehadiran Zakuan di belakangnya. "Assalamualaikum. Baru balik jogging ke?" Zakuan menyapa. Suraya terkejut lantas dia menoleh. "Oh..err...a'ah baru balik jogging kat padang tadi." Terkulat-kulat Suraya menjawab pertanyaan Zakuan. Dia sama sekali tidak menyangka akan bertemu sekali lagi dengan 'mamat bangang' ini.


"Erm, boleh saya join jalan-jalan dengan awak? Lagipun saya tengok awak jalan sorang-sorang ni bahaya. Nanti kena kidnap." Zakuan memulakan topik perbualan. Suraya menjeling raut wajah tenang Zakuan. "Banyak laa kau punya kidnap. Dalam kawasan kampus camni sape nak kidnap?" Suraya mempercepatkan sedikit langkahannya. Dia kurang enak dengan kehadiran Zakuan di situ.

"Sape nama awak? Awak course apa?" Soal Zakuan bertalu-talu. Suraya tidak menjawab pertanyaan-pertanyaan Zakuan. Dia segera melajukan langkahan dan berlari-lari anak menuju ke Desasiswa Mawar, meninggalkan Zakuan yang kebingungan. Dalam hatinya, dia tertarik untuk mengenali rapat gadis itu.



(bersambung.....)

0 comments:

Post a Comment

..: my ads :..

..: my profile :..

My photo
unique, passionate, gorgeous, dynamic, tolerant, observer, listener, kind-hearted, gentleman, hilarious, friendly, calm, cool, sentimental, rock ballad, Bee Gees, Lionel Richie, Man Utd, fish, aquarium, Rooney, 80's, volleyball, darts

..: my clock :..

..: my shout :..


ShoutMix chat widget

..: my visitor :..

..: my LTF :..

..: my list :..

..: my fans :..

..: my track :..

..: WANTED :..

  • 2) jam tangan
  • 3) Nokia E66