"Hi Khairul. I'm so sorry I'm late. I went to Boppard just now to pick up my laundry." Ujarnya. Beg sandangnya diletakkan di atas padang rumput lalu duduk bersila di sebelahku.
Namanya Karen Lorraine Boyce. Seorang gadis periang dan tipikal berusia 26 tahun, tinggal di Colchester, berdarah kacukan English-Irish dan dilahirkan di Cardiff. Kedua-dua orang tuanya berpindah ke Colchester ketika dia berusia 10 tahun. Bapanya adalah seorang peguam yang berkhidmat di sebuah firma guaman di London manakala ibunya seorang jururawat di Colchester Medical Centre. Karen adalah seorang yang baik, berpewatakan ceria dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Semua orang menyenanginya. Sikapnya yang peramah dan ringan mulut itu membuatkannya mudah mendapat kawan. Dek kerana keramahannya itulah kami berkenalan dan menjalinkan persahabatan. Jika dibandingkan antara aku dan dia, kami memang jauh berbeza. Berlainan dengan dirinya, aku seorang yang pendiam dan lebih suka mendengar.Aku mula mengenalinya ketika kali pertama menjejakkan kaki di United Kingdom ini 4 tahun yang lalu. Kami berkenalan pada hari pertama pendaftaran pelajar-pelajar baru di University of Birmingham. Ketika itu, aku sedang leka membaca buku panduan kampus apabila Karen datang menyapaku dan bertanyakan arah ke Chancellors Court. Selepas itu, pertemuan kedua kami berlaku semasa 'Sophomore Foundation Week' di mana kami diletakkan dalam kumpulan 'ice-breaking' yang sama. Keserasian yang wujud antara kami pada pertemuan kedua itu telah membawa kepada perkenalan kami. Dan bermula dari hari itu, kami sering menghabiskan waktu bersama; sama ada untuk mengulangkaji pelajaran, penglibatan aktiviti sosial di kampus, mengadakan perbincangan, menyiapkan tugasan atau sebagainya. Ramai di antara rakan-rakan yang menyalahertikan keakraban kami. Malah ada juga di antara mereka yang mengatakan kami adalah pasangan kekasih yang ideal. Pada awalnya aku merasa kurang senang, bimbang ianya akan menyinggung perasaan Karen. Namun apabila ditanya, Karen hanya ketawa dan memberitahu yang dia tidak pernah ambil kisah dengan perkara itu. Tetapi dia sendiri mengakui yang dia sangat selesa berkawan denganku. "You are so much different from any other guys that I've ever met before. I loved to be friend of yours." Katanya tatkala ditanya tentang perkara itu.
"Hey spongy, I'm starving. Aston Webb?" Karen mengusulkan cadangan. Kebetulan, aku juga sedang lapar. "Great !" Jawabku. Lalu kami mengemaskan alat tulis yang bersepah di atas padang rumput dan terus menuju ke Aston Webb. Jaraknya hanya kira-kira 50 meter dari Rich Easter Park, tempat kami mengulangkaji pelajaran tadi.
Ketika kami sedang makan, Karen secara spontan mengajukan soalan kepadaku tentang tudung. Dia ingin mengetahui kenapa wanita Muslim diwajibkan memakai tudung dan kenapa sejak mutakhir ini, wanita bertudung ditindas dan didiskriminasikan. Aku sedikit terkejut dengan pertanyaannya. Aku sangkakan soalannya sekadar untuk dijadikan topik perbualan, namun riak wajahnya nampak serius. Aku cuba menjawabnya sebaik mungkin. Sebagai seorang penganut Islam, sudah menjadi tanggungjawabku untuk menyampaikan dakwah dan memperbetulkan sebarang persepsi buruk terhadap Islam. Aku tidak pernah mengkategorikan diriku sebagai seorang yang warak dan alim, namun sedikit ilmu yang kupegang di dalam diri sekurang-kurangnya boleh membantu. Aku jelaskan pada Karen sebab musabab Islam mewajibkan pemakaian tudung ke atas wanita Muslim. Aku juga memperihalkan kepadanya serba-sedikit tentang ajaran Islam. Karen hanya terdiam sambil mengangguk perlahan. Dari raut wajahnya, aku dapat menangkap dia sedang menginterpretasikan maklumat-maklumat baru yang diterimanya. Sekilas, pandangannya ditumpahkan ke arahku.
"Khairul, do you have the Holy Quran?" Karen bertanya.
"Yes, I have the version with translation. Why?" Jawabku lalu menyoalnya kembali.
"Can I borrow it?" Tanyanya.
"Why not. But please take care of it. You know why." Jawabku sambil tersenyum.
"Don't worry. Thanks a lot." Katanya lalu mengenyitkan matanya kepadaku. Aku ketawa melihatnya.
Aku tidak pasti apa tujuan sebenar Karen mahu meminjam kitab suci Al-Quran. Aku mengandaikan, dia mahu mendalami agama suci itu. Dan jika benar, syukur Alhamdulillah. Aku pasti akan menolongnya.
***************
"Please complete your assignment by tomorrow. On my table, before 4 pm." Professor Simon memberikan arahan sebelum beredar. Aku mengemaskan barang-barang dan memasukkannya ke dalam beg. Baru hendak melangkah, namaku dipanggil. "Khairul !" Aku lihat Karen datang menghampiriku. "I want to go to the library. Wanna looking for some references for the assignment. Do you mind if...." Pertanyaan Karen terhenti di situ. Alis matanya redup memandangku. Aku sudah dapat menangkap maksudnya. "Sure." Jawabku ringkas. Senyuman terukir di bibirnya. Kami hanya berjalan kaki menuju ke perpustakaan. Jaraknya kira-kira 500 meter dari bangunan akademik utama. Pada mulanya aku mencadangkan kami berbasikal ke sana, namun Karen enggan. Dia lebih santai kalau hanya berjalan kaki saja.
Sampainya di perpustakaan, kami terus ke rak dan mula mencari buku-buku rujukan yang sesuai. Tugasan yang diberikan oleh Professor Simon tidaklah sesukar mana sehingga memerlukan buku rujukan tambahan. Niat aku cuma untuk menemani Karen dan membantunya. Setelah beberapa ketika berada di situ, aku pergi mendapatkan Karen yang sedang leka membaca buku di hujung rak. "Did you find the book?" Soalku perlahan. Aku membongkok untuk melihat tajuk buku yang sedang dibacanya. 'Khadijah: Iron Lady of Islam'. Karen mengangguk. "And I found this book too. Interesting." Jawabnya tanpa memandangku. Matanya masih tertumpu pada isi kandungan buku tersebut. Aku hanya memerhatikan gelagatnya.
Secara tiba-tiba, aku teringatkan jemputan parti hari jadi Fletcher di Flowstock Streets. Majlis itu akan bermula jam 3 petang. Aku melihat jam di tangan, sudah menghampiri pukul 3.15 petang. Aku menepuk dahi. "What?" Karen hairan melihat perlakuanku. "Fletcher's birthday party at 3 pm. I nearly forgot about it. We still have time. Wanna go?" Soalku pada Karen. "I'm sorry I can't. I'm going back to Colchester this evening. Today is Thursday, remember? Did you forget that too?" Karen melirik ke arahku. Ya, hampir juga aku terlupa. Karen akan pulang ke Colchester setiap hari Khamis untuk membantu menguruskan klinik kesihatan milik ibunya di pekan kecil Brindsby. Itulah rutin mingguannya sejak beberapa bulan yang lepas. Bagiku, Colchester itu agak jauh juga sebenarnya walaupun aku tidak pernah sampai ke sana. Kata Karen, perjalanan menaiki bas memakan masa selama 6 jam. Seperti menaiki bas dari Alor Setar ke Kuala Lumpur. Bagiku, itu sudah dikira jauh.
***************
Yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Cuti musim panas kembali lagi.. Aku tidak pulang ke Malaysia pada cuti kali ini kerana aku telah mendaftarkan diri untuk bertugas sebagai 'research assistant' kepada Dr. Fitzgerald. Karen juga tidak pulang ke Colchester kerana menyertai rombongan ke Mesir selama seminggu bersama rakan-rakan kami; Margaret, Samantha, Francesca, Brian dan Phillips. Dia mengajakku untuk turut serta dalam rombongan itu. Sudah lama dia bercita-cita untuk melawat Mesir. Dia teringin untuk melihat tempat-tempat menarik di sana yang selama ini hanya dibaca di dalam buku. Dia juga berkeinginan untuk melawat tempat-tempat bersejarah peninggalan tamadun Islam. Pada mulanya aku enggan kerana komitmen tugas, tetapi setelah beberapa kali memujukku, akhirnya aku bersetuju tetapi dengan syarat, dia harus mendapatkan kebenaran dari Dr. Fitzgerald untukku. Setelah mendapat persetujuan dari Dr. Fitzgerald, aku menelefon mak di kampung untuk meminta kebenaran darinya pula. Dan alhamdulillah, mak tidak menghalang. Selang beberapa hari kemudian, kami berangkat ke Mesir.
***************
Sudah 6 hari kami berada Mesir. Terasa begitu cepat masa berlalu. Banyak tempat yang telah kami lawati sepanjang kunjungan kami ke sini. Percutian ini sangat menyeronokkan. Kegembiraan jelas terlihat di raut wajah masing-masing. Karen seperti biasa, tidak betah duduk diam. Di sini, kami menginap di sebuah hotel di tengah-tengah kota Cairo. Tidak jauh dari hotel penginapan kami, terdapat sebuah kawasan membeli-belah Shubra El-Khaima. Ianya seakan-akan Pekan Rabu di Alor Setar, tetapi Shubra El-Khaima lebih besar dan rekabentuknya tampak lebih eksklusif. Di situ terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai barangan seperti cenderamata, koleksi pakaian, jubah, tikar sejadah, kitab-kitab agama, barangan perak, perhiasan rumah, peralatan elektronik, rempah ratus, makanan dan sebagainya. Esok adalah hari terakhir kami di sini dan aku berhajat untuk mengunjungi Shubra El-Khaima untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. Aku menyuarakan rancanganku kepada Karen dan dengan senang hati, dia bersetuju untuk menemaniku esok.
Keesokkan harinya, seawal jam 8.30 pagi kami berdua sudah bersiap-siap untuk ke Shubra El-Khaima. Waktu penerbangan pulang ke London ialah pada jam 12.15 tengah hari. Kami membuat keputusan untuk datang ke sini pada awal pagi kerana mahu bersiar-siar lebih lama sebelum bertolak ke lapangan terbang.
Hembusan angin penghawa dingin di dalam Shubra El-Khaima benar-benar menyamankan. Aku melihat pengunjung masih belum ramai yang datang kerana ianya masih awal. Kami mula berjalan dan mengunjungi satu persatu kedai yang ada di situ. Setibanya di kedai menjual pakaian, Karen mengajakku untuk masuk. Aku hanya menuruti. Tangannya tuntas membelek-belek helaian jubah muslimah dan selendang yang bergantungan sementara aku pula mencuba beberapa helai kopiah yang tersusun cantik di atas meja. "Khairul, it's beautiful, isn't it?" Karen memanggilku seraya menunjukkan sehelai selendang berwarna ungu. "Yes, it is. You wanna buy it? For whom?" Soalku kembali. Karen hanya menggelengkan kepala. "No, I'm just asking you." Jawabnya sambil ketawa kecil. Seketika kemudian, telefon bimbitnya berdering. Karen melangkah keluar dari kedai untuk menjawab panggilan.
Aku mengambil 2 helai kopiah lalu kuhulurkan kepada tuan kedai. "I want that too, please." Aku menudingkan jari ke arah selendang yang dipegang oleh Karen tadi. Setelah membayar harganya, aku keluar dari kedai dan mendapatkan Karen yang sedang berbual di telefon. Setelah mematikan panggilan, dia terpandang beg plastik berwarna kuning yang terjinjit di tangan kananku. "What's that?" Soalnya. "I bought kopiah for my dad." Ujarku. Tiba-tiba aku terperasan mata Karen yang basah dan kemerahan. "What's wrong with your eyes?" Are you crying?" Soalku ingin tahu. "Oh nothing. It's kinda hot and filthy in Cairo. It must be dirts, don't worry." Katanya sambil mengesat mata. Aku hanya diam, sambil hatiku menduga sesuatu yang tidak kena pada Karen.
Penerbangan kami baru sahaja berlepas. Aku dapat melihat keceriaan pada wajah rakan-rakanku yang lain, kecuali Karen. Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang tadi, dia hanya mendiamkan diri. Wajahnya sugul. Semasa di Shubra El-Khaima tadi, dia mengajakku pulang ke hotel penginapan lebih awal dari perancangan kami, sedangkan pada awalnya dia yang beria-ia mahu mengunjungi semua kedai di situ. Dia mengadu tidak sihat dan ingin pulang ke bilik hotel untuk berehat. Aku hanya menuruti kehendaknya. "Karen, are you fine? What's wrong?" Dia tidak menoleh ke arahku. Sejak dari tadi dia hanya memandang ke luar tingkap. Langit di luar kelihatan tenang. Sesaat kemudian, dia mengalihkan pandangannya ke arahku. "I'm fine." Jawabnya tenang sambil tersenyum tawar. Aku teringatkan selendang ungu yang dibeli di Shubra El-Khaima tadi. Lalu aku mengambil beg sandang yang terletak di tempat beg sebelah atas lantas mengeluarkan beg plastik berwarna kuning. "This is for you. I knew you liked it from the first time you touched it." Ucapku sambil menghulurkan selendang ungu itu. Mata Karen membulat, seperti tidak percaya apa yang dilihatnya. "But...I don't know how to wear it. It's for Muslim anyway." Katanya. "It's okay. You can keep it." Lalu aku letakkan selendang ungu itu di atas ribanya. "Thank you, Khairul. You're such a nice man." Suara Karen agak sebak dan mendatar.
Dan, sepanjang penerbangan pulang, Karen hanya membisu. Menyembunyikan sesuatu di dalam hatinya tanpa pengetahuanku.
Sudah 3 minggu berlalu sejak kami pulang dari bercuti di Mesir. Cuti musim panas masih berbaki 2 bulan. Karen memberitahuku yang dia mahu pulang ke Colchester kerana ada urusan peribadi. Bila ditanya berkenaan apa, dia hanya mendiamkan diri. Aku risau melihat keadaannya. Beberapa hari kemudian, dia bertolak pulang ke Colchester tanpa memberitahuku. Aku agak tersinggung dengan perbuatannya, namun dalam masa yang sama aku seperti terasa suatu kehilangan. Sebelum ini, Karen sentiasa ada untuk menemaniku. Namun, kali ini tidak. Aku kesunyian.
Aku merinduinya.
Karen, cepatlah pulang.
***************
Hari ini adalah hari pertama sesi pembelajaran bermula setelah cuti musim panas yang panjang. Aku telah menantikan saat ini sejak 2 bulan yang lalu. Hatiku melonjak keriangan. Tidak sabar rasanya untuk kembali bertemu Karen. Jika aku berjumpanya nanti, aku mahu memarahinya cukup-cukup kerana sepanjang dia pulang ke Colchester, dia tidak pernah menghubungiku. Tiada panggilan telefon, tiada emel, tiada surat, tiada sebarang khabar berita. Sudah puas aku cuba menghubunginya namun tidak berjaya. Emel dan suratku tidak pernah dibalas. Pernah juga aku bertanya kepada rakan sebiliknya Emily, namun Emily juga tidak tahu ke mana Karen pergi dan apa yang sedang berlaku kepadanya. Menurut Emily, Karen hanya memberitahunya yang dia mahu pulang ke Colchester dan akan kembali selepas cuti musim panas tamat.
Aku mempercepatkan langkahan menuju ke dewan kuliah. Sesampainya di sana, mataku meliar mencari kelibat Karen. Namun dia tiada di situ. Aku sedikit hampa. "Mungkin dia datang lewat." Aku memujuk diri sendiri. Dengan sabar, aku menunggu kedatangannya. Sehingga tamat kuliah, kelibat Karen masih tidak kelihatan. Aku semakin gelisah. Masakan dia ponteng, mustahil. Karen tidak pernah ponteng kuliah. Tiba-tiba, aku teringatkan Emily. Lalu aku segera menghubunginya dan mengajaknya untuk berjumpa di Aston Webb. Dia bersetuju.
"Khairul !" Emily memanggil namaku. Aku melambai ke arahnya. "What's up? Seems like you have something important to see me. How's your summer? Enjoyed your trip to Egypt?" Emily memulakan perbualan setelah mengambil tempat di hadapanku. Suasana di Aston Webb agak tenang. "Everything is fine. We're having great time in Egypt. You should get there someday." Aku berbicara tenang. Emily hanya tergelak kecil. "Emily, where's Karen?" Aku merenung ke arah Emily sambil menantikan jawapannya. "Oh...er...er...yeah she's fine." Emily seperti menyembunyikan sesuatu. "Then, where is she?" Is she here?" Soalku kembali. Air muka Emily tampak berubah. Dia mengetap bibirnya. "Please, tell me. Where's Karen?" Aku berterusan mendesak Emily untuk memberitahuku di mana Karen. Setelah didesak berkali-kali, akhirnya Emily bersetuju.
Dia membuka begnya lalu mengeluarkan sebuah buku bertajuk 'Islam: Belief & Teaching'. Aku kurang mengerti apa yang cuba dimaksudkan oleh Emily. "Before she left, Karen gave me this book. She asked me to give it to you as a gift on your birthday next month." Ujar Emily. Dengan perlahan, aku mencapai buku tersebut dan membeleknya satu persatu. Tiba-tiba, sekeping kertas berlipat terjatuh dari celahan buku tersebut. Kubukakan lipatan kertas itu. Ianya sekeping surat dari Karen.
Dear Khairul Syakirin,
Another year has gone by. A chapter in our lives has come to an end and another one is about to begin. I guess now would be a time as any to tell you that I've had a crush on you since the time we're together during the Sophomore Foundation Week. I've caught myself many times over the past few years staring at you in the hall ways and in class more than one should. I think you are a wonderful person. I'm sorry to tell you that I'll not coming back to Birmingham after the summer. My mom had been relocated to Johannesburg to serve at the rural hospital there. It was the news that I'd received during the phone call at Shubra El-Khaima. It's so hard to tell you that we're going to be separated. I enjoyed myself during the trip to Egypt, with you around. Thank you for spending so much time with me, thank you for the friendship that we had at Birmingham, and most of all, thank you for the shawl that you gave me. It's the only treasure I have to help me remembering you. Happy birthday. I love you.
Love,
Karen Lorraine Boyce
***************
Aku memandang ke luar jendela. Walaupun musim luruh bakal berakhir tidak lama lagi, dedaunan masih rancak berguguran, mewujudkan suasana yang cukup indah di bumi Birmingham ini. Sudah hampir 2 tahun berlalu. Tiada sebarang berita yang kuterima dari Karen. Dia benar-benar membawa diri. Aku masih setia menunggunya. Setiap hari aku menanti khabar berita darinya. Beberapa minggu lagi hari konvokesyen akan berlangsung. Mak dan ayah akan mengambil penerbangan ke London minggu hadapan untuk menghadiri majlis yang paling bersejarah dalam hidupku. Setelah 6 tahun menuntut ilmu di perantauan, akhirnya segulung ijazah bakal kugenggam. Namun, hatiku tetap hiba bila mengenangkan Karen tiada di sini untuk aku berkongsi kegembiraan dengannya. Aku benar-benar merinduinya dan mengharapkan dia dapat hadir ke majlis konvokesyen itu nanti.
Para graduan masih sibuk bergambar. Keadaan di perkarangan ICS Abbey Garden riuh-rendah. Kegembiraan dapat dilihat di sana-sini. Inilah harinya. Majlis konvokesyen baru sahaja melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Emak memelukku erat. Aku tahu, aku telah membanggakannya hari ini. Anugerah 'Graduan Terbaik Jurusan Pengajian Undang-Undang' menceritakan segalanya. Segala penat lelah mak dan ayah selama ini yang banyak membantuku akhirnya terbalas. Aku berjanji, dengan kejayaan yang kucapai pada hari ini, akan kumanfaatkan sebaik mungkin untuk membantu mengubah nasib keluarga.
"Smile ! Say cheese !" Jerit Paul. Aku dan rakan-rakan bergambar kenangan bersama-sama. Tidak lama lagi, kami akan berpisah dan masing-masing akan membawa haluan sendiri demi mengejar cita-cita. Dalam kegembiraan meraikan saat-saat indah ini, aku teringatkan Karen. Ingatanku terhadapnya tidak pernah padam. Lamunanku dikejutkan tatkala aku terdengar seseorang memanggil lembut namaku. Lantas aku menoleh. Kelihatan seorang wanita berumur dalam lingkungan separuh abad sedang berdiri betul-betul di hadapanku.
"You must be Khairul, right?" Wanita itu menyoalku.
"Yes." Jawabku sambil mengamati raut wajahnya.
"Do you still remember this shawl?" Dia bertanya sambil menunjukkan ke arah selendang ungu yang sedang dipegangnya. Ada sesuatu yang membaluti di dalamnya.
Wanita itu tersenyum lalu menghulurkan selendang itu kepadaku. "I believed these belongs to you. I'm Mrs. Boyce." Ujarnya perlahan.
Aku mencapai selendang itu dan membuka balutannya. Terdapat kitab suci Al-Quran di dalamnya. Kitab yang pernah kupinjamkan pada Karen. Aku masih tidak memahami apa yang sedang berlaku. Di mana Karen?
"And this is for you." Kata wanita itu seraya menghulurkan sepucuk surat. Lalu kubukakannya perlahan-lahan.
In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful
My Love Khairul Syakirin,
What a perfect day, isn't it? Congratulations ! I do believed you graduated with flying colors.
I seems odd to start this letter with 'My Love' rather than 'Dear'. My life has certainly taken quite a turn.
By the time you read this, I'm far, far away from you. We're totally 'separated'.
Though we have been apart these years, I always believed that life would bring us back together. That hope was a comfort and gave me the patience to wait for that future. But as time has passed, it is pretty clear that the hope and faith that I have for the future have drifted further and further away from us. I guess it is finally time for me to acknowledge, that our futures will definitely take different 'paths'.
There's so much things to justify, so much things that I've hide from you. But it is not my intention to be secrecy, as I'm not ready to tell you everything. I don't want you get hurt because of me. I always hope that He will gives you lots of strength to face the truth and faith that had written.
Do you remember about my mom's clinic at Brindsby and me going back to my hometown every week? The clinic was not exist actually. I lied to you. The truth is, I'm going back to Colchester every week to be present at my routine check up with my mom. I'd been diagnosed with leukemia. It's terrible, I know.
I bet you must be wondering about my mom's relocation to Johannesburg after the summer. I lied, too. News that I received on phone call during at Shubra was so sadden and you have no idea how petrify it was. It was a call from Dr. Quinn, my personal doctor. She said, my disease getting worse and it was already in the critical stage. I only have 3 months to live.
As I'm counting my days, I was so blessed with the Holy Quran that you lent me. I took chances to learn and discover about your religion. Finally, I converted to Islam and moved back to Egypt to deepen my awareness about Islam. Besides, I feels like wanna evoke my memories with you there back then.
You just have no idea how much I missed you. My eyes missed your smile. My ears missed the sound of your deep voice. I missed being near you. You have grabbed hold of my heart and embraced it like no one else ever has.
So, this is goodbye. I will miss you Khairul, just as I have in every moment in the last 873 days that I have been away from you. I'm so sorry if you get hurt. Sooner or later, you'll find out about this too. Silence is good, but sometimes you can't keep things unspoken forever. Keep that shawl, that's will help you to have a thought of me for every single moment in your life.
Thinking of you fondly,
Karen @ Khadijah Lorraine Boyce
Setitik demi setitik airmataku menitis di atas helaian surat yang kusam itu. Al-Quran kupeluk erat. Sesungguhnya Engkau Maha Kaya, Ya Allah.





0 comments:
Post a Comment