Air fresh orange diteguknya perlahan sambil matanya memerhatikan orang ramai yang lalu-lalang di hadapan Thai Bistro. "Dah lama kita tak jumpa kan. Kalau tak salah saya, last sekali jumpa masa form 3 dulu. Nama jer satu sekolah tapi nak selisih pun bukan main susah." Rafiz memulakan perbualan. Hana tersenyum simpul. "Memang la kita satu sekolah tapi awak kelas lain, saya kelas lain. Seingat-ingat saya, masa sekolah rendah dulu pun kita jarang bercakap. Boleh kira dengan jari berapa kali awak tegur saya." Usik Hana. Rafiz tergelak. "Awak apa khabar sekarang? Macam mana boleh tersesat sampai ke Bangkok ni?" Soal Rafiz sambil menyoroti mata Hana yang berwarna coklat itu. Tidak banyak perubahan yang terlihat pada diri Hana. Dia masih ayu seperti dulu. Cuma kini dia tampak lebih matang. "Alhamdulillah. Saya sihat, macam biasa. Saya sebenarnya baru 4 bulan tinggal kat sini. Ada program pertukaran tenaga pengajar dengan sekolah anak-anak yatim dekat Pracheen." Terang Hana.
"Tenaga pengajar?" Soal Rafiz lagi sambil membetulkan duduknya.
"Saya dah jadi cikgu sekarang." Ujar Hana sambil mengenyitkan mata.
"Oh yeker. Tak sangka, dah jadi warga pendidik. Very good !" Rafiz membalas kenyitan mata Hana sambil menunjukkan isyarat 'bagus'. Hana tersipu.
"Awak pulak macam mana boleh tersesat sampai ke sini? Awak datang sini sebenarnya buat apa haa?" Hana membulatkan matanya sambil menjeling Rafiz.
Rafiz ketawa melihat telatah Hana. "Kalau awak nak tahu, ni hari pertama saya kat sini tau."
Hana sedikit terkejut.
"Hari pertama? Maksud awak?" Soal Hana ingin tahu.
"Saya baru sampai pagi tadi. Saya datang sini dengan kawan." Jawab Rafiz.
"Awak datang dari Malaysia?" Hana meneka.
"Nope. From Zurich. Saya kerja kat sana dulu." Jawab Rafiz ringkas.
Jawapan yang diberikan Rafiz itu membuatkan Hana terdiam seketika. "Maknanya sebelum ni..." Hana kembali bersuara.
"Saya tinggal kat Zurich. 4 tahun." Belum sempat Hana menghabiskan ayatnya, Rafiz mencelah.
"Lagi hebat dari saya. Very good !" Hana meniru aksi Rafiz sebentar tadi. Kedua-duanya tertawa.
Mereka berdua berborak panjang tentang perkembangan diri masing-masing, tentang tujuan mereka ke sini. Namun Rafiz tidak menjelaskan alasan sebenar mengapa dia berhijrah. Sekadar menyatakan dia mahu berubah angin. Tidak ketinggalan, kenangan semasa zaman persekolahan turut dikupas satu-persatu. Sesekali derai tawa mereka kedengaran tatkala bercerita tentang kisah-kisah lalu. Sedar tak sedar, sudah hampir sejam mereka bersantai di situ. Hana memandang jam di tangannya. "Saya kena balik dulu. Hari dah lewat ni. Nanti tertinggal bas pulak. Lagipun perjalanan saya jauh lagi." Hana meminta diri untuk pulang. Rafiz segera teringatkan Haris yang masih berada di tingkat atas. Lalu dia memanggil pelayan untuk membayar harga minuman.
"Awak nak belanja saya ker?" Tanya Hana.
"Special treat for long lost friend." Jawab Rafiz seraya mengeluarkan dompetnya dari kocek seluar.
"Kalau macam tu nanti belanja makan pulak. Boleh?" Usik Hana. Rafiz tertawa.
"Boleh. InsyaAllah nanti kalau saya datang ke Narathiwat, saya belanja awak makan." Balasnya. Hana menguntumkan senyuman.
********************
Rafiz menemani Hana hingga ke ruang legar Sunny Mall. Sejak keluar dari Thai Bistro tadi, masing-masing hanya mendiamkan diri. Mungkin dek kerana kisah gosip antara mereka berdua semasa zaman persekolahan dulu timbul secara tak sengaja semasa berborak tadi menyebabkan Hana merasa segan dan malu dengan Haris, walaupun kisah-kisah itu sudah berlalu hampir 14 tahun yang lalu. Rafiz tersenyum sendirian apabila mengingatkan kembali zaman persekolahan mereka dahulu. Sangat manis dan indah.
"Awak, saya balik dulu yer. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi." Hana kembali berbicara setelah lama mendiamkan diri. Tas tangan yang terjinjit di tangan disangkutkan ke bahu. Rafiz mengangguk. Hanya sekilas dia melemparkan pandangannya ke arah Hana, kemudian dia akan memandang ke arah lain. Entah mengapa, setiap kali dia bertentang mata dengan Hana, hatinya berdebar-debar. Keadaan itu sudah dirasakannya sejak di Thai Bistro tadi. Namun Rafiz enggan mengambil pusing akan semua itu. Hanya sekadar perasaannya saja, bisik hatinya. "Okey. Jumpa lagi. Oh yer, boleh saya mintak nombor phone awak?" Rafiz bertanya. Lalu Hana membuka tas tangannya dan mengeluarkan sebatang pen serta sehelai kertas kecil. Setelah selesai mencatatkan nombor telefonnya di atas kertas itu, dia menyerahkannya kepada Rafiz.
"Thanks." Ucap Rafiz. Kertas itu disisipkan ke dalam poket seluarnya.
"Nanti kalau awak nak contact saya, awak tukar dulu nombor telefon awak tu. Jangan lupa, awak sekarang bukan dekat Zurich lagi. Kalau pakai nombor lama, melambung bil awak nanti. Saya taknak tolong bayar." Usik Hana sambil tertawa kecil. Rafiz senyum tanda mengiakan.
"Assalamualaikum." Hana menitipkan ucapan salam lalu beredar.
"Waalaikumussalam." Jawab Rafiz.
Seakan ada suatu perasaan aneh yang wujud dalam hatinya sekarang tatkala dia melihat Hana melangkah meninggalkannya menuju ke pintu utama. Rafiz sendiri kurang pasti kenapa dia berperasaan begitu. Hakikatnya, dia juga masih tidak percaya yang dia akan bertemu dengan Hana di sini. Kalau jumpa di Malaysia, mungkin tidak pelik.
"Entah-entah aku ada jodoh dengan dia...isyyy apa aku merepek ni. Baru jumpa sejam, bukannya setahun. Menggelabah betul." Rafiz mengomel. Dia malas hendak melayan perasaannya. Makin dilayan makin menjadi-jadi. Rafiz mula mengangkat kaki untuk beredar dari situ. Namun, baru beberapa langkah, dia berhenti lalu kembali memandang Hana yang semakin jauh di hadapan.
"Baiklah, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, kalau betul dia jodoh aku, sebelum dia keluar dari pintu tu dia akan toleh tengok aku, siap senyum lepas tu lambai tangan lagi." Rafiz berkata pada dirinya sendiri. Dia tahu, bunyinya agak kelakar. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia berkata begitu. Mungkin sekadar untuk suka-suka ataupun sebaliknya. Rafiz tertawa sendirian. Langkahan demi langkahan Hana diperhatikannya.
Tatkala Hana sampai di hadapan pintu masuk, dia berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang dan melihat ke arah Rafiz yang masih tercegat di situ. Hana mengukirkan senyuman dan melambai ke arahnya.
Rafiz tergamam dengan apa yang baru dilihatnya....
(bersambung....)






0 comments:
Post a Comment