.Miami.Love.Machine.

::..oRanGe..iS..mY..HeaRt..pUrpLe..is..My..sOuL..::

Selesai menunaikan solat Isyak, Hana menyalin telekung sembahyang dan terus menuju ke dapur. Pinggan dan gelas kotor di atas meja makan dikutipnya satu persatu lalu diletakkan di dalam sinki. Keadaan rumahnya agak sunyi. Kelibat Rina dan Kak Mala masih tidak kelihatan sejak dia pulang dari pantai petang tadi. Mungkin mereka masih belum selesai dengan urusan peribadi masing-masing. Kebiasaannya, di waktu begini Rina pasti sedang 'bertapa' di rumah Jameela bagi menyiapkan tesis Ph.D dan kertas kerja tahun akhirnya. Kak Mala pula barangkali masih berada di butiknya. Setelah 4 bulan dia tinggal bersama mereka, Hana sudah masak dengan rutin harian teman-teman serumahnya.

Sepertimana dirinya, Rina dan Kak Mala juga berasal dari Malaysia. Rina sudah menetap di sini sejak setahun yang lepas. Dia sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D di University of Chulalongkorn dalam jurusan Science of Social Humanity. Walaupun tempat pengajiannya terletak di kota Bangkok, Rina memilih untuk tinggal di Narathiwat kerana datuk dan neneknya menetap di sini. Dia hanya akan ke kampus seminggu sekali, itupun bergantung kepada keperluan. Kak Mala pula sudah hampir 3 tahun menetap di sini selepas mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki tempatan. Dia dan suaminya, Tuan Yusof Pholdee mengusahakan perniagaan butik pengantin dan spa kecantikan. Tuan Yusof bertanggungjawab menguruskan perniagaan di Chiang Mai manakala Kak Mala ditugaskan untuk mengendalikan cawangan perniagaan di Narathiwat. Setiap hujung minggu, Kak Mala akan pulang ke Chiang Mai untuk bertemu dengan suaminya. Walaupun sudah hampir 3 tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Hana pula baru sahaja 4 bulan menjejakkan kaki ke Narathiwat. Dia terlibat dalam satu program pertukaran tenaga pengajar dengan Chairat Nai School, sebuah institusi pendidikan untuk anak-anak yatim di daerah Pracheen yang terletak tidak jauh dari bandar Narathiwat. Dia akan bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di sekolah tersebut selama 1 tahun.

Apartment yang diduduki oleh mereka bertiga berada di dalam kawasan kejiranan Nakhon Prantip yang terletak di pinggir bandar Narathiwat. Sebelum ini, Hana menyewa seorang diri di Chonburi yang terletak agak jauh dari daerah Pracheen. Dia telah berkenalan dengan Kak Mala ketika dia dalam perjalanan menaiki bas menuju ke Pracheen. Kak Mala telah mempelawa Hana untuk tinggal bersamanya di Nakhon Prantip. Selepas 2 bulan berpindah di sini, Hana merasa selesa kerana kebanyakan jiran tetangganya adalah rakyat Thailand yang beragama Islam. Mereka mempunyai sikap yang peramah, baik hati dan suka menolong. Semua penghuni di situ melayan Hana dan teman-teman serumahnya dengan baik walaupun mereka tahu, Hana, Rina dan Kak Mala bukan warga tempatan. Hana beranggapan, ia mungkin didorong oleh faktor persaudaraan agama. Maka, ianya tidak menjadi satu masalah bagi mereka untuk menyesuaikan diri dan tinggal di situ. Tambahan pula, Nakhon Prantip boleh dikategorikan sebagai salah satu kawasan kejiranan yang paling selamat di Narathiwat. Justeru, Hana sendiri kadang-kala tidak kisah untuk tinggal berseorangan jika Rina dan Kak Mala tiada di rumah. Andai dia memerlukan sebarang pertolongan, Hana akan pergi ke rumah Puan Waranuch yang terletak selang beberapa rumah dari rumahnya.

Selesai mencuci kesemua pinggan dan gelas kotor yang berlonggok di dalam sinki, Hana melangkah ke ruang tamu. Di satu penjuru, sebakul pakaian yang baru diangkat dari jemuran siang tadi telah sedia menanti untuk dilipat. Dia mencapai alat kawalan jauh di atas meja kopi lalu menghidupkan suis televisyen. Bakul berisi pakaian di sudut dinding ditariknya perlahan sambil jarinya ligat menekan-nekan butang alat kawalan jauh itu untuk memilih siaran. Selang beberapa minit, kedengaran bunyi pintu gril dibuka.

"Assalamualaikum." Kedengaran suara Kak Mala dari luar memberi salam.
"Waalaikumussalam." Hana bingkas bangun lalu pergi membuka pintu.
"Hana dah makan?" Sapa Kak Mala mesra tatkala tubuhnya menjengah masuk. Daun pintu yang terkuak ditutupnya.
"Dah kak. Tadi Hana goreng nasi je. Tak larat nak turun bawah beli makanan." Balas Hana lalu kembali mengambil tempat di hadapan televisyen.
"Akak singgah supermarket tadi. Ni akak ada beli buah anggur. Akak letak dalam peti ais. Kalau Hana nak makan, ambillah." Terang Kak Mala sambil menunjukkan beg plastik yang terjinjit ditangannya.
"Okey." Balas Hana ringkas sambil tersenyum.
"Rina mana? Tak nampak pun." Soal Kak Mala. Matanya melilau mencari kelibat Rina.
"Macam biasa la kak. Dia ada kat rumah Jameela." Jawab Hana.
"Akak nak masuk berehat dulu. Penat sangat. Hana jangan tidur lewat." Pesan Kak Mala lalu menuju ke biliknya.

Hana hanya mengangguk sambil tersenyum. Begitulah perangai Kak Mala, suka mengambil berat tentang Hana dan Rina. Kedua-duanya sudah dianggap seperti adiknya sendiri memandangkan antara mereka bertiga, Kak Mala adalah yang paling senior dan Hana adalah "adik bongsu".

Jarum jam sudah beranjak ke pukul 11. Hana mula merasa mengantuk. Dia segera menghabiskan saki-baki kain yang belum dilipat. Apabila selesai, dia menyusun kain yang telah dilipat ke dalam bakul dan membiarkannya di ruang tamu. Dia melihat bilik Kak Mala sudah lama gelap. Setelah mematikan suis televisyen, Hana bangun lalu menuju ke biliknya untuk mempersiapkan tempat tidur.

Selesai mengemas katil, Hana terus merebahkan badannya. Peristiwa di pantai petang tadi kembali berlegar dibenaknya. Dia masih cuba untuk memastikan yang dia tidak berkhayal waktu itu. Atau sememangnya dia tersalah dengar, dia sendiri tidak pasti. Barangkali suara itu adalah milik salah seorang pengunjung pantai atau suara sang nelayan yang melaung-laung di jeti. Fikirannya merewang jauh. Tanpa sedar, dia terlelap.

Dalam lenanya, Hana bermimpi dirinya berada di satu kawasan padang rumput yang menghijau. Tidak jauh dari situ, ada sebatang anak sungai yang mengalir tenang. Pemandangannya sangat cantik. Hana terkesima. Tiba-tiba, dia terpandang sesusuk tubuh lelaki berpakaian serba putih sedang berdiri menghadap anak sungai. Perasaan curiga dan ingin tahu mula menyelubungi dirinya. Lalu dengan perlahan dia berjalan mendekati lelaki itu. Setelah beberapa ketika melangkah, dia semakin menghampiri lelaki itu dan akhirnya, dia berhenti betul-betul di belakangnya. Lalu, Hana memberanikan diri menepuk bahu lelaki itu.

Papp !!

********************

Rafiz tersentak dari tidurnya. Dia menoleh ke sebelah kanan dan melihat Haris sedang nyenyak tidur. Keadaan di dalam kabin masih lagi gelap. Dia melihat para penumpang lain juga sedang enak dibuai mimpi. Rafiz kebingungan. Dia merasa seperti bahunya ditepuk oleh seseorang...


(bersambung...)

4 comments:

En Afiz......U cerita ok..not bad......cepat lah sambung....huhuhuhuhuuhuhu......mana cerita Aku,Kau & Pantai.huhuhuhuhu

ok2...insyaAllah akan segera disambung..haha...Aku, Kau & Pantai ? perghhh...tgk tajuk dh tau msti meletop...akan segera ditulis...kene bli stok kopi byk2 ar gini...mlm2 stay up tulih novel..huhuhuhhu

wat la novel genre seram plak... baru terangkat~

sy xde bakat wat novel seram...

Post a Comment

..: my ads :..

..: my profile :..

My photo
unique, passionate, gorgeous, dynamic, tolerant, observer, listener, kind-hearted, gentleman, hilarious, friendly, calm, cool, sentimental, rock ballad, Bee Gees, Lionel Richie, Man Utd, fish, aquarium, Rooney, 80's, volleyball, darts

..: my clock :..

..: my shout :..


ShoutMix chat widget

..: my visitor :..

..: my LTF :..

..: my list :..

..: my fans :..

..: my track :..

..: WANTED :..

  • 2) jam tangan
  • 3) Nokia E66